Entri Terbaru

mengenang pemergian blogger remaja, Yasmin Hunwick





siapakah yasmin hunwick??
aku terlihat namanya ketika sedang berlegar-legar di blog seorang teman lalu aku terus mencari maklumat mengenainya.
berdarah kacukan inggeris dan Melayu, Yasmin Hunwick atau nama sebenarnya Yasmin Johan Eusoffe telah kembali ke Rahmatullah pada 3 Jun 2012.
Al-fatihah buat beliau.
kali pertama dila membaca kisah tragis yang menimpa dirinya, pilu menusuk ke dinding hati..
sungguh menyayat hati..

Tanggal 3 Jun 2012 telah berlaku tragedi tiga remaja perempuan maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan sebuah van di simpang lampu isyarat Lebuhraya Kuah
Salah daripada mangsa adalah Yasmin Johan Eusoffe berdarah  kacukan Inggeris dan Melayu arwah lebih dikenali di internet sebagai Yasmin Hunwick
Kematian menjadi trending di twitter kerana sebelum daripada tragedi itu berlaku arwah sempat berkongsi cerita dengan menulis status berkaitan kehidupan di alam barzakh dan mimpi yang menakutkan menerusi akaun twitternya
Dalam pada itu arwah juga memuat-naik buku yang dibaca iaitu mengenai persiapan Menuju di Alam Barzakh


Arwah juga menyatakan perasaan gembira dan teruja setelah membaca buku tersebut.Seolah-olah arwah sudah merasai petanda-tanda mengenai kematian
Antara mimpi yang di alami arwah turut dikongsikan bersama rakan-rakan untuk di jadikan iktibar bersama


“Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mencepatkannya.” 
(Surah Al-A’raf: ayat 34)
Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
“Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa.” 



Kematian arwah meninggalkan kita bersama mesej supaya kita tidak alpa dengan kehidupan duniawi
Oleh itu marilah kita bersama-sama sedekahkan surah Al-fatihah kepada arwah Yasmin Hunwick dan kawan-kawannya yang lain yang turut terlibat dalam kemalangan tersebut. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan golongan orang-orang yang beriman. Amin.

kalau awak semua mahu mengunjungi blog arwah anda boleh klik Yasmin Hunwick
blog arwah masih lagi aktif dan ibunya yang sering menulis di dalam blog tersebut sebagai melepas rindu kepada arwah.
sekali lagi mari kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Yasmin Hunwick.

setiap insan akan pergi
dan
andai suatu hari nanti tika dila sudah tiada di muka bumi ini
tolong jangan padam blog dila ye
biarlah ianya menjadi kenang-kenangan ^_^ (rasa sebak lah pulak)

9 comments:

  1. akk ada jgk bca kisah tu dlm akhbar..tp sebab tak tahu dia adalah salah sorang blogger, so bca mcm biasa je..tapi bila orang letak link blog, then cerita kisah dia, baru tahu dia seorang blogger..

    al-fatihah buat adk jasmine..dia salah sorang yang boleh dikatakan bertuah sebab seolah2 tahu akan pergi... sesungguhnya Allah yang maha mengetahui..

    ReplyDelete
  2. yup..sedihkan bile bace kisah dy..
    Allah lebih sygkn dia..
    Al-fatihah

    ReplyDelete
  3. KAK BUI BARU TAHU PASAL NI..CANTIK KAN WAJAH ARWAH..ALFATIHAH :(

    ReplyDelete
  4. de jugak bace kisah arwah nih...memg sedih

    ReplyDelete
  5. Salam perkenalan...rietta pown sj thu dr blog bui....mmg manis orgnye...

    ReplyDelete
  6. AL-FATIHAH ..! kita singgah kat blog awak yer :)

    ReplyDelete
  7. al-fatihah...aunty saz (mama yasmin)..sabar ye allah maha mengetahui segala-galanya

    ReplyDelete
  8. Al-Fatihah. tetiba tasneem sebak pulak ingat arwah emak.. :(

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...