Entri Terbaru

antara sunnah Rasulullah

 Assalamualaikum..hai para blogger..
semalam dengan ketiadaan moodkan yaya ada share tentang sunnah Rasulullah..
jadi pagi ini yaya nak seru semua untuk melakukan salah satu antara & sunnah tersebut..
ya memang benar kalau boleh kita buat semua sunnah-sunnah tersebut tapi secara perlahan dan haruslah istiqamah k..
jadi hari ni yaya nak ajak awak semua mari kita beristighfar setiap hari..
tak susah pun..percayalah..kalau kita dah selalu buat ia akan menjadi kebiasaan..
semoga akan ada sesuatu yang indah yang akan kita perolehi..

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

"Demi Allah, sesungguhnya aku meminta ampun dan bertaubat kepadaNya setiap hari lebih dari 70 kali."

Sabdanya yang bermaksud:


"Wahai manusia, Bertaubatlah kamu kepada Allah! Sesungguhnya Aku bertaubat kepadaNya setiap hari 100 kali."

Sabdanya yang bermaksud: "Sesiapa yang membaca:

Maksudya:


"Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya."

nescaya Allah ampunkan dosanya sekalipun dia telah lari dari medan peperangan”.



Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:


"Waktu yang paling hampir antara Tuhan dengan hambanya ialah pada akhir malam. Kalau kamu mampu untuk berzikir kepada Allah pada waktu itu hendaklah kamu lakukan."

Sabdanya yang bermaksud:


"Keadaan yang paling hampir antara seorang hamba dengan Tuhannya ialah sewaktu dia sujud. Maka perbanyakkan doa pada waktu itu."

Sabdanya yang bermaksud:


"Sesungguhnya hatiku lupa (tidak ingat kepada Allah) dan sesungguhnya aku meminta ampun daripada Allah setiap hari 100 kali."

4 comments:

  1. nice entry yaya,, bnda senang, tapi susah nak lafaz kat bibir kan sebab tak istiqamah..huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..jadi kita kenelah biasakan.. ^_^.. kita harus berusaha.. chayok chayok!

      Delete
  2. istiqamah ne apa ek? sy selalu leka huhu.

    jom terjah: http://nurfaezahabdullah1712.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. istiqamah ialah melakukan sesuatu perkara secara terus menerus..

      Delete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...