Entri Terbaru

carilah kawan baik pekerti


Alqamah berpesan kepada anaknya ; "wahai anakku! sekiranya engkau merasakan perlu untuk bersahabat dengan seseorang, hendaklah engkau memilih orang yang bersifat demikian:
  • jika engkau berbuat baik kepadanya, dia akan melindungimu.
  • sekiranya engkau merapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.
  • jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantumu.
  • jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, dia akan menutupnya.
  • sekiranya engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
  • sekiranya engkau berdiam diri(kerana malu untuk meminta) dia akan menanyakan kesusahanmu.
  • jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerima dengan baik.
  • jika dia mendapat sesuatu kebajikan(bantuan) daripadamu, dia akan menghargai dan menyebut kebaikanmu.
  • jika datang sesuatu bencana menimpamu, dia akan meringankan kesusahanmu.
  • apabila engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkanmu.
  • sekiranya engkau merancang sesuatu, nescaya dia akan membantumu.
  • jika engkau berselisih faham, nescaya dia akan lebih senang mengalah untuk kepentingan persahabatan.

sementara itu, Saidina Ali dalam satu syairnya berkata :
"saudaramu yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada disampingmu,
dia sanggup membahayakan dirinya demi kemasalahatanmu,
orang yang setiap masa bekerjauntuk keperluanmu,
sanggup mengorbankan segala-gala untuk kepentinganmu."



2 comments:

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...