Entri Terbaru

WANITA YANG MENGGEGARKAN SEJARAH ISLAM (part 1)



 Assalamualaikum..yaya sedang membaca sebuah buku muhasabah diri yang mengandungi pelbagai cerita tauladan untuk kita semua..
jadi yaya nak share balik apa yang yaya dah baca semoga kita semua dapat kebaikan daripadanya.
Serius yaya kata, baru yaya baca sikit tapi mesej yang cuba disampaikan tu sangatlah menyentak perasaan..
SELAMAT MEMBACA ^_^

Pada suatu malam, seorang wanita keluar dari rumahnya dengan membawa obor yang menyala-nyala di tangan kanannya dan sebaldi air ditangan kirinya. Dia pergi mengelilingi kampung menjerit dengan sangat kuat,"Wahai manusia, seandainya kamu beribadah kepada Allah dan mengharapkan syurga. Maka, biarkan syurga itu ku bakar dengan api ini! Dan, apabila kamu menjauhi maksiat oleh sebab takut akan neraka. Maka, biarkan neraka itu ku siram dengan sebaldi air yang ada di tangan kiriku.....!"

Siapakah wanita yang berani menjentik kesedaran orang disekelilingmya, dan mungkin juga kita?
Siapa lagi jika bukan Rabi'ah Adawiyah.
wanita suci yang sepanjang hayatnya mengajar cara beribadah pada Allah dengan tujuan mencintai-Nya dengan tulus. Dia adalah seorang sufi yang membawa corak baru dalam penghayatan Islam melalui ajaran cinta. Seluruh ajaran Islam dilaksanakan bukan disebabkan, " Ini semua kerana perintah-Nya dan harus dilaksanakan untuk mengharapkan syurga-Nya", bukan juga kerana," Itu harus dijauhi kerana takut akan seksaan-Nya."
namun, dia melaksanakan perintah dan menjauhi semua larangan-Nya disebabkan cinta yang sebenar-benarnya (al-hubb haqq al-hubb)

bukankah seorang yang mencintai akan berhias rapi dan wangi dalan solatnya, melebihi pertemuan dengan orang yang dicintainya sekalipun ? Bahkan, kerap kali dia menangis dalam solatnya. Cucuran air mata orang yang mencintai ini adalah dalam bentuk ungkapan kerinduan, cinta dan kebahagiaan ketika "berjumpa" dengan-Nya.

cuba baca perkataan yang yaya boldkan tu berulang kali 
sehingga mesej yang disampaikan tu masuk tepat kedalam hati awk semua.
ia sangatlah menyentak hati yaya, sangat! 
jadi yaya dan kita semua harus perbetulkan balik andai terdapat niat yang tersimpang daripada sebenarnya.
biarlah kita lakukan amalan dan menjauhi larangan semua hanyalah kerana cinta kita kepada Allah dan bukan semata-mata mengharapkan ganjaran-Nya.
awak semua nak tahu sambungan seterusnya?
tunggu WANITA YANG MENGGEGARKAN SEJARAH ISLAM (part 2)

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...