Entri Terbaru

Cinta dan pengorbanan

langkah cinta kita pun mati,
saat aku mencari cinta yang abadi,
masih terngiang-ngiang saat mereka bercerita soal cinta,
aku khusyuk mencari erti kata-kata,
cinta itu kepada pencipta,
cinta manusia dari pencipta,
pengorbanan kita kerana cinta,
cinta kita cinta pencipta.

lalu mutiara jernih ini membasahi kulit pipiku,
dan aku tertanya-tanya
"haruskah mencintai manusia yang membawa kita jauh dari cinta sang pencipta?"
lalu aku tinggalkan dia dengan rela walaupun seakan memaksa,
perlahan demi perlahan aku cuba melupakan dia agar munajatku tidak terganggu,
namun, aku tidak terus membuangnya kerana dia juga manusia,
pengharapanku agar dia mampu berubah mencari yang indah.

dan aku..
Allah telah pertemukan aku dengan cinta,
cinta yang membuatkan aku lebih mencintai-Nya,
tatkala doaku terkabul,
tatkala itu baru aku tersedar,
bahawa selama ini aku telah mengkhianati cintaku kepada Ilahi,
tujuh tahun penantianku dan tahun ini,
Allah pertemukan kami.

dan selama tujuh tahun itu jugalah,
aku belajar tentang cinta abadi sang pencipta,
dan kini aku masih belajar dan terus mencari,
Alhamdulillah, 
aku akan terus mencari hingga nafasku terhenti
aku mencari cinta Ilahi dan Allah kurniakan aku cinta sejati,
semoga cintaku ini tidak melebihi dari cinta aku kepada-Mu Ya Ilahi.

#Allah memberi petunjuk disepanjang jalan#
#Allah memberi kebaikan jika kita minta kebaikan#

hasil nukilan,
-Adilah Mohd Asari @ AMA-

10 comments:

  1. berseni rupanya yaya nie..:) nice dear.

    ReplyDelete
  2. luahan hati yang sangat mabeles !

    ReplyDelete
  3. As salam. Review entri terbaik Yaya akan akak publishkan esok 13/10/2013. (sekarang just mampu buat entri bershchedule je) huhu...

    ReplyDelete
  4. As salam. Akak dah review entri ni tau kat sini> http://ieta-myblog.blogspot.com/2013/10/review-entri-5-cinta-dan-pengorbanan.html

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...