Entri Terbaru

MIGRAINE !!!

Assalamualaikum & salam sejahtera..
migraine??
korang pernah kena tak?
sebagai insan yang terpilih, yaya selalu mengalaminya iaitu migraine..
lebih-lebih lagi ketika memikirkan sesuatu yang memberikan tekanan walaupun sedikit..
bila dah kena serang dengan migraine tu..hanya Allah sahaja yang tahu kesakitan yang ditanggung..
jadi cara untuk mengelakkan daripada migraine, yaya akan lupakan masalah itu seketika dan berfikir dengan perlahan-lahan..
jadi tak la migraine.
tak punpergi katil + peluk bantal = tidur..besok pagi bangun conform hilang ^_^



APA ITU MIGRAINE?
Migrain adalah sakit kepala yang menyakitkan, berdenyut-denyut dan berlangsung antara 4-72 jam sehingga seseorang itu tidak mampu melakukan pekerjaan rutin hariannya. Namun begitu menurut kajian yg dibuat, migraine tidak mendatang kesan jangka panjang yang serius.

APA PENYEBAB MIGRAINE?
Menurut kajian, migrain boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Pada asasnya, apabila berlaku migrain saluran darah akan mengembang dan menguncup menyebabkan kita berasa sakit kepala yang berdenyut-denyut.Migrain boleh disebabkan oleh faktor keturunan. Jika ibu mengalami migrain semasa muda, anaknya juga boleh mengalami migrain.

APAKAH TANDA-TANDA MIGRAINE?
Migraine biasanya menyebabkan rasa sakit kepala berdenyut-denyut (throbbing headache) pada sebelah kepala dan rasa loya. Namun ada juga sakit kepala di kedua-dua belah kepala. Individu yang berlainan mempunyai tanda2 penyakit migraine yg berlainan.
Pergerakan, cahaya, bunyi bising dan bau-bauan boleh memburukkan lagi migraine. Kadang kala seseorang itu boleh merasakan aura, iaitu beliau dapat melihat bintik-bintik, gelombang cahaya atau pancaran2 cahaya di depan matanya. Tangan, bahu dan muka akan menjadi kebas. Ianya berlaku 30 min sebelum sakit kepala.


kalau kita pergi hospital atau pun klinik, pasti diberi ubat tahan sakit..
tapi persoalannya sampai bilakah kita harus memakan ubat itu setiap kali migraine datang menerjah?
bila dah sakit pasti kita berdoa nak baik kan??
jadi yaya nak share surah bagi mengurangkan migraine dan seterusnya tidak terkena lagi..
insyaAllah..setiap ayat yang Allah turunkan itu ada kelebihan yang tersendiri..


Caranya:

Bila sakit kepala atau migraine mula berdenyut. Baca doa ini dan tekan dengan tangan pada bahagian yang sakit di kepala. Ayatnya tidak panjang dan senang dihafalkan. Lakukan dan baca banyak kali sehingga terasa kurang sakit.


Maksudnya:

"Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya. "

insyaAllah dengan kerap diamalkan kita akan dapat merasa kesannya..
Sebagai seorang Islam wajib mempercaya setiap penyakit ada ubatnya berdasarkan Al-Quran dan Hadis.
Firman Allah SWT,
Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua. (Al-Israa’ 17:82)
Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman. (Yunus 10:57)
jadi buang lah jauh-jauh ubat medical tu dan boleh tersenyum kerana tidak perlu memakannya lagi (lebih-lebih lagi tok orang yan macam yaya ni yang tak suka makan ubat)..
semoga kita mendapat manfaat untuk entri kali ini.. SAYONARA ^_^

6 comments:

  1. nasib baik la nik xde migraine...kalau tak jenuh la mkn ubat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang dah tak perlu makan ubat.. ^_^

      Delete
  2. akak pun ade migraine, worse kalau sampai dah muntah2.. puncanya from sinusitis or resdung :) tapi ubat memang jarang nak ambikla, baik rehat n tido.. cause ubat2 migraine ni side effect die akak tak tahan -_-'

    ReplyDelete
  3. btw, bagus tip yaya ni tau.. akak dah snap pun ayat tu.. pasni blehla akak amalkan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul tu..ubat kan tak elok sgt mkn..ye..amalkan selalu ^_^

      Delete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...