Entri Terbaru

penghapus dosa kecil

kesihatan aku kini tak seperti dulu,
kini aku sering kerap diuji Ilahi,
tapi sedikit pun tidak aku benci,
malah aku mensyukuri.

ingat lagi hadis riwayat bukhari dan muslim,
sakit itu penghapus dosa,
dan aku berharap agar aku lebih bahagia,
walaupun aku tak seceria dulu kala,
tapi aku tetap yakin pada Yang Maha Esa,
bahawa aku akan pulih semula.

sakit itu mengajar aku,
agar aku mampu menerima,
agar aku lebih bersedia,
andai kata masa aku tinggal sedikit cuma,
lalu biar aku habiskan masa ini dengan amalan mulia,
biarkan aku menjadi bunga yang bisa harum walaupun seketika,
agar aku tenang bila disana.

ku habiskan saki baki hidupku dengan cinta,
cinta sang pencipta,
ku kuntumkan senyuman yang ceria walau muka ku bisa menunjukkan derita,
bibir yang memucat ku cuba sekat,
namun ada yang masih terlihat,
aku terus tetap kuat.

andai aku sudah tiada,
janganlah dibuang cerita kita,
cerita kisah kita,
cerita tentang silaturrahim kita,
cerita yang aku cipta,
kerana aku hanya insan biasa,
biarlah ia tetap ada sebagai tanda,
doakan aku bahagia disana.

hasil nukilan,
- Adilah Mohd Asari @ AMA-

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...