Entri Terbaru

peristiwa jam 3 pagi

disebabkan kesejukan yang melampau, tidurku terganggu lantas aku perlahankan suis kipas.
kesejukan itu mencucuk tulang ku dan membuatkan badanku terasa lemah tak bermaya.
selang beberapa minit kemudian aku terjaga kembali, kali ini aku terus mematikan sius kipas.
suhu badanku berubah menjadi semakin panas. lalu dengan sepenuh tenaga aku pergi ke bilik ibu memberitahu tentang keadaanku. dek kerana mahu ayah aku berehat dahulu, aku balik ke bilik dan cuba merehatkan diri. sekitar jam 5.30 pagi baru aku dihantar ke hospital.
sesampai dihospital, aku muntah lagi buat kali kedua. terasa lemah sangat waktu itu.
tapi tak putus-putus aku meminta keuatan dari Allah.
lalu aku diarahkan baring diatas katil, kemudian tanganku dicucuk dengan jarum bagi memasukkan air kedalam badan.lemah sungguh Adilah tatkala itu.
aku memaksa diri untuk tidur dalam keadaan sakit itu.
beberapa jam kemudian aku terjaga dan Alhamdulillah kesejukan yang mencucuk ke tulang daging aku dah beransur pulih.
aku menyambung tidur kembali. sekitar jam 8.30 aku pulang ke rumah dan berehat.
saat mengisi perut itu aku termuntah lagi.
betapa lemahnya diri aku. lalu aku terus tidur sehinggalah jam 3 petang dan aku menguatkan langkah untuk mengisi kembali perut yang kosong. Alhamdulillah..aku bisa menelan kesemua makanan walaupun dalm kuantiti yang sedikit. dan kini aku mencuri masa sekejap sebelum kembali beristirehat.

#doakan yaya cepat sihat k :'( #

4 comments:

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...