Entri Terbaru

sakit itu penghapus dosa kecil

Assalamualaikum..
selamat pagi semua..
hari ni yaya cuti lagi..
sakit lagi :'(
hari sabtu demam yang sangatlah teruk, Alhamdulillah Allah sembuhkan cepat
tapi hari ni sakit mata pulak..
Allah uji lagi..yaya bersyukur dengan ujian ini..

Allah berfirman di dalam surah At-Tagaabun, ayat 11 yang bermaksud:
"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".
mari kita renungi ayat diatas,
Allah akan memimpin hati2 orang yang bersabar dalam setiap kesusahan yang dia hadapi..
macam tajuk entri yaya" sakit itu penghapus dosa kecil"
"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Dosa itu tak mudah hilang macam tu je sekelip mata apabila kita sakit..
bila kita renungi hadis diatas, sedar tak kita pabila kita sakit badan kita menjadi lemah,
dan tatkala itulah Allah menguji hambanya samaada mengingatinya dengan bersyukur atau menyalahkan takdir.. dari situ kita boleh nilai diri kita sendiri..
ia tak khusus untuk sakit sahaja, ketika ditimpa kesusahan juga Allah menguji kita..
"Bahkan di dalam satu lagi riwayat, Rasulullah bersabda bahawa dengan hanya tertusuk duri sekalipun, Allah bersedia untuk meninggikan darjat seseorang itu dan menghapuskan satu kesalahan dirinya.
tingginya darjat kita sebagai seorang hamba..
oleh itu, jangan lah menganggap sakit itu suatu malapetaka buat kita
bahkan bersyukur kerana ianya nikmat yang Allah beri kerana Allah sayangkan kita dan agar kita tidak mudah alpa..
kalau nak tahu dengan lebih lanjut klik i luv islam

8 comments:

  1. betulllll....sebab tu masih lagi kena bersyukur kalau sakit...=D

    ReplyDelete
  2. da sehat lom..?
    jaga kesihatan oke.. :)

    ReplyDelete
  3. search kat mr.google "sakit itu penghapus dosa kecil"
    tros membawa MZ ke sini...tq tuk info...
    MZ tgh batuk teruk ni..da sebulan...:(

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...