Entri Terbaru

Semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman

tatkala meninjau laman sosial muka buku..
terlihat status makcik..
"rindu buat arwah Hj Juri bin Hj Awang"
Ya Allah..terus bergenang air mata ini..
Ya Allah..bukan aku tak rindu pada insan yang dahulunya rapat dengan ku..
seorang insan yang selalu bergurau-senda,
yang suka menyakatku,
yang menyayangiku,
salah seorang yang bermakna dalam hidup ini,
bukan aku tak rindu,
selalu ku titipkan doa buatnya disana,
tapi inilah yang akan terjadi jika ada yang menyebut akan namanya,
pasti mutiara jernih ini akan mengalir deras seperti air terjun.
cukuplah tangisan ku dahulu,
tangisan ketika aku melihat sendiri apa yang berlaku terhadapnya sebelum beberapa minggu kemudian dia menghembuskan nafas terakhirnya,
tangisan saat aku mendapat berita bahawa dia sudah tiada,
tangisan saat menatap wajah terakhirnya,
dan tangisan saat aku merinduinya.

wahai hati,
kuatkanlah dindingmu agar tidak goyah,
jangan tangisi insan yang telah pergi,
berdoalah agar dia bahagia disana..
tolong bagi yaya luahkan kejap je..
ampunkan aku Ya Allah,
rindu ini tak tertahan lagi,
"tok waan....yah rindukan tokwan..rindu sangat... :'("
wahai air mata yang tak dapat disekang..
berhentilah segera bagi hati kekuatan,,
semoga arwah tenang disana..
Al-Fatihah..

4 comments:

  1. Sebak baca paper tadi...
    Al-Fatihah dan takziah buat keluarga mangsa....

    ReplyDelete
  2. kuatkan hati hamab2MU kerana mereka memerlukan kekuatan untuk meneruskan hidup serta bergantung pada MU

    ReplyDelete
  3. Al-Fatihah...kuatkan hati dan semangat ek yaya...

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...