Entri Terbaru

Sesuci Kasih Lavender part 1


"kenapa harus dihina? dicemuh dan dikeji?"
"hinakah aku ini yang hanya baru melakukan kesilapan itu?"
"mudah benar manusia menghukum tapi tidak memaafkan" runtun hati seorang gadis yang sedang meningkat remaja.

Mia, seorang gadis yang sangat peramah serta senyuman yang sentiasa terukir diwajahnya membuatkan orang tahu bahawa dia seorang gadis yang periang.
Namun, hanya setitik nila rosak susu sebelanga. Mungkin itulah kesilapan dia dan itu jugalah petunjuk dari Allah. Kalau tidak kerana kegagalan dia yang dulu dia mungkin takkan bisa bangun dan berlari semula. Dia tabah dan sabar dengan ujian dan dugaan yang tak pernah putus-putus. Dia tahu akan hadir sesuatu yang indah dalam hidupnya suatu hari nanti.

Allah berfirman di dalam surah At-Tagaabun, ayat 11 yang bermaksud:


"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".
 * * *
Dalam goyah kaki manapak dia melangkah lari, mencuba lari dari manusia yang iri hati sehinggakan dia dikeji. Doa sentiasa menjadi pendinding hati agar dia dapat menahan segala kutukan dan cemuhan. Mia memang gadis yang kuat.
"eh, Mia la" kata itu adalah sindiran dan Mia tak pernah mempedulikan.Bagi dia biarlah apa orang nak mengata yang penting kita sedar siapa diri kita. Tekad Mia bulat agar dia dapat buat orang-orang yang mengata, menghina serta memandang rendah pada dia berasa menyesal kerana telah berbuat demikian. 
"aku akan buktikan dekat korang semua aku boleh berjaya lebih berjaya dari korang.Korang yang selalu memandang rendah atas kesilapan aku yang satu itu.Ya! kesilapan itu takkan aku ulangi lagi. Aku saja? padahal korang buat silap beratus kali lebih besar dari aku tak pernah aku menghukum seteruk ini!' amarah hatinya tidak tertahan lagi.
Sudah terlambat untuk dia menyesal tetapi dia perlu kuat dan dia nekad berubah menjadi yang lebih  baik.
Ya, dan dia berjaya.Dia berjaya menyambung pengajiannya di University of Oxford di negara pohon lavender.
"lavender!!!" jerit Mia saat dia mendapat tawaran menyambung pengajian bidang pendidikan di negara empat musim itu setelah tamat tingkatan enam.
"Lavender yang di fikirkannya bukan urusan pengajian" leter emaknya.
Mia sememangnya fanatik dengan pohon lavender atau disebut juga lavandula. Dia meminati kesemua tentang pohon itu. Baunya yang harum serta warnanya yang menenangkan. 
"Mia, barang semua sudah cukup kan? tak ada yang tertinggal?" terlihat sikap prihatin emaknya.
keperihatinan seorang ibu terhadap anaknya takkan pernah habis walaupun anaknya sudah bergelar seorang ibu.
'"tak mak"
Mia pergi meninggalkan tanah air nya dengan satu tekad iaitu untuk menjadi harum seharum pohon lavender. Dia meninggalkan jauh kenangan indah yang terlalu menyakitkan. Meninggalkan rasa sayang yang dulunya pernah diberi untuk orang-orang yang tidak pernah menghargai.Orang-orang?? Bukan orang-orang patung yang disawah itu. Perkataan orang-orang ini di gunakan bagi menunjukkan ramai.
                                                   
Ya, memang dia telah memberi hatinya kepada ramai orang dan setiap kali itu jugalah hatinya akan dipulangkan balik dalam keadaan . . . 
 

8 comments:

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...