Entri Terbaru

sesuci kasih lavender part 2

. . . yang hancur berkecai. Hati yang kosong tiada harapan lagi. Walaupun adakalanya dia rapuh dan tak sekuat pandangan mata tapi dia cuba melalui dan menerima semuanya dengan redha. 
            Firdaus, lelaki pertama yang melamarnya ketika akhir tingkatan 1 dan sudah tiga kali mereka putus dan terus terputus buat selamanya walaupun hanya sebagai seorang teman. 
Lelaki itu berjaya membuatkannya sukar untuk melupakan walaupun dalam mimpi. Dialah insan pertama yang menjentikkan rasa sayang Mia terhadap insan yang bernama lelaki dan dia jugalah yang mengajar Mia makna setia. Manakan mungkin dia mudah lupa pada insan yang banyak mengajar erti segalanya walaupun benar usianya ketika itu masih mentah.

              Hubungan mereka putus buat kali pertama adalah atas permintaan gadis itu yang langsung tidak reti untuk menyayangi orang lain. Kali kedua pula ketika lelaki itu mengundur diri demi kebahagiaannya dan ketiga tatkala air matanya jatuh saat mengetahui kecurangan lelaki itu. Kesetiaannya dibalas dengan dusta. Namun, kesabaran yang dia punya membuatkan dia lebih bahagia walaupun dia mengambil masa yang lama untuk menerima yang lelaki itu sudah pun bergelar suami kepada orang lain. Dua tahun lebih cukup lama bagi menerima sesuatu yang sukar bagi hidup kita dan akhirnya dia mampu.

                                           
               Hanif, mereka sebaya dan perkenalan mereka bermula ketika berada ditingkatan tiga dikelas tambahan. Ketika itu Mia merupakan gadis yang sangat digilai ramai. Dek kerana itulah mereka membenci Mia sehingga sekarang kerana menolak cinta yang mereka serahkan. Perkara yang sama dan masih sama kerana Mia berpegang kepada prinsip "setia pada yang satu" dan kerana itulah juga dia ditipu sekali lagi. Ternyata Hanif juga mempunyai kekasih hati yang lain. Tetapi lelaki itu pengecut kerana takut untuk berterus terang malah terus melarikan diri dari Mia. 

                 Mia, masih bisa tersenyum walaupun hati sedang berduka. Sekali lagi tuhan mengujinya. Kali ini dia berjumpa dengan seseorang yang membuatkan dia terus hampa dan kecewa. Fahmi, jarak usia mereka hanya 3 tahun dan pertemuan mereka ketika Mia mengikuti kakak angkatnya minum di kafe. Pertemuan mereka di kafe. Lelaki yang jauh dari cahaya iman namun Mia tetap menerima dan gadis itu dapat memberi perubahan terhadapnya. Mia memang berpegang kepada agama. Bulan pertama mereka bergelar pasangan kekasih, mereka masih rancak lagi mengirim sms. Namun, 2 bulan berikutnya Fahmi jarang menghubunginya. Kepercayaan yang diberi dan kesetiaan yang meninggi membuatkan Mia menunggu Fahmi sehinggalah pada suatu hari segalanya terbongkar. Rupanya Fahmi mempunyai buah hati yang lain dalam diam. Saat semuanya terbongkar ketika Mia terdengar suara gadis dihujung talian panggilan yang ditujukan khas untuk Fahmi. Sekali lagi hati gadis itu berkecai. Kesetiaannya menunggu selama 3 bulan hanyalah sia-sia, lelaki yang diharap-harap rupanya sama saja.

                                         

Dalam putus harap dia berjumpa dengan seorang lagi lelaki. Akan datang lagi satu ujian dan ujian kali ini benar-benar memberi kesan kepada kehidupannya. Kerana terlalu kecewa dia menjadi orang paling bodoh sewaktu berkenalan dengan Acap. Dia bodoh kerana mengikuti segala kemahuan lelaki itu. Kerana lelaki tu jugalah dia menanggung malu sehingga ke hari ini. Terkadang dia menjadi terlalu benci kepada diri kerana terlalu mempercayai lelaki dan kerana lelaki jugalah dia menjadi sebegini. Dipandang hina dan dikeji. Tapi dia tetap tabah melalui. Pengalaman mematangkan dirinya dan membuatkan dia kenal akan sikap-sikap lelaki. Syukur dia masih seorang gadis yang suci dan tidak pernah dinodai. 

"Mia!"

6 comments:

  1. akak x sempat baca lagi yang...dah bookmark nak baca betul2 weekend ni...

    ReplyDelete
  2. Join sila pula dong.
    Hehe, mesti dapat hadiah.
    Tpi, tak boleh janji. takut xdpt nnti :)

    http://aimi-wardina.blogspot.com/2013/03/4th-giveaway-by-aimi-wardina-aimi.html

    ReplyDelete
  3. menarik yaya..:) nk baca part 3 pulak..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...