Entri Terbaru

sesuci kasih lavender part 3

Lamunannya tersentak dek nyaringan suara Liza.

"Termenung jauh nampak. Rindukan kampung halaman ke?. Kitakan dah nak cuti sem, boleh la kau balik."
"Duit aku tak cukup la Liza, aku kena simpan untuk perbelanjaan harian."
"Maaf aku tak tahu."
"Kau balik ke cuti sem ni?"
"Aku tak jadi balik la, aku temankan kau ye Mia."
"Terima kasih ye Liza." bergetar suara Mia yang menahan kesedihan.

Liza merupakan teman serumahnya yang sangatlah memahami keadaan yang Mia lalui. Liza anak dato dan dia boleh pulang ke Malaysia bila-bila masa sahaja yang dia mahukan. Namun, demi menjaga hati seorang sahabat, dia sanggup membatalkan sahaja niatnya untuk pulang ke tanah air tercinta. Mereka berkenalan   ketika dalam perjalanan menuju ke England. Persahabatan yang ikhlas kerana Allah ini kekal sehingga ke hari ini. Sudah lebih kurang 2 tahun mereka bersahabat dan segala suka duka mereka kongsikan bersama. Kerinduan Mia terhadap keluarganya terubat dengan teletah Liza yang sering membuatkan dia tersenyum. Manakan tidak rindu, sejak dia pergi menyambung pengajiaannya sekali pun dia tidak pulang ke Malaysia kerana kekangan wang. Hanya doa dititipkan tatkala rindu membelenggu jiwa.

                                      

Mia kembali menyusun pepohon lavender yang dikutipnya ketika dalam perjalanan pulang selepas habis kuliah. Lavender memang kegemaran dia dari dulu sehinggalah sekarang. Setiap sudut rumahnya dipenuhi dengan lavender dan Liza pun mula menyukai kegemaran sahabatnya itu. Manakan dia tidak suka, bau lavender yang harum bisa menenangkan jiwa takkala masalah datang menerpa. Bau yang harum itu juga bisa menjadi ubat tidur tatkala minda sedang menerawang ke angkasa. Tanpa diduga air matanya jatuh bertaburan membasahi lantai.

"Ya Allah, aku sangat merindui-Mu. Ampunkan segala dosa-dosa ku." rintih gadis khilaf itu.
"Ya Allah,  adakah aku bisa mencium haruman bunga disyurga atau terus dijilat api neraka?.. Ya Allahhhhh..." bergetar suaranya menahan sebak didada. Sungguh sangat dia menyesal akan perbuatannya dulu.

Tatkala minda sedang kosong tatkala itu jugalah dia merasakan ada sesuatu yang hadir dalam lubuk hatinya. Memang selalu dia berharap dan meminta agar dia diberi petunjuk dan kekuatan untuk berubah. Setiap kali rasa itu hadir, setiap kali itu jugalah dia meratapi masa lalu. Dia tahu Allah itu Maha Pengampun dan sebab itu jugalah dia tidak putus berdoa agar dapat kembali kepada jalan yang benar seperti maksud surah al-Fatihah ayat ke-6 "tunjukilah kami jalan yang lurus." Kita meminta, Allah pasti memberi.

Allah s.w.t berfirma, ertinya;
“Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”
(QS. Az-Zumar: 53)

"Mia?" tegur Liza kehairanan sambil menguntumkan satu senyuman.
"Cantik Mia pakai macam ni, ayu je Liz tengok. Mia pakai selalu macam ni ya."
"Terima kasih Liz"

Di tempat kuliah ramai yang memandangnya seperti tidak pernah nampak orang. Mia hanya tersenyum dan tidak merasakan sedikit kejanggalan pun. Kali ini dia nekad untuk berubah. Bukan dahulu dia tidak mahu berubah tetapi disebabkan terlalu memikirkan tanggapan orang membuatkan niatnya terbantut. Kehadiran Liz dalam hidupnya membuatkan dia menjadi lebih kuat kerana sahabatnya itu sentiasa memberi dorongan yang tak pernah henti. Habis saja kuliah, Mia berjalan beriringan bersama Liz pulang ke rumah.

"Mia, petang ni kita pergi taman nak? kita tengok lavender."
"Eh, benarkah Liz? nak nak." melebar sungguh senyuman Mia tatkala itu. Sungguh dia takkan lepaskan peluang kalau diajak melihat lavender. Liz selalu menghabiskan masa dirumah menyebabkan dia jarang keluar. Jadi Mia pun tidak akan keluar tanpa ditemani Liz. 

"bedebuk!" seakan bunyi benda terjatuh. Liz yang sedang berbual bersama jiran sebelah rumah mereka melihat Mia sudah terbaring di muka pintu.    

  


 



5 comments:

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...