Entri Terbaru

sesuci kasih lavender part 4

"Mia! Mia!" Liz menggoyang-goyangkan tubuh yang kaku itu dan meraung meminta tolong seakan orang kerasukan. Pastinya dia risau kerana Mia adalah sahabatnya yang setia. Sahabat dunia akhirat.

"What happened to Mia?" Mark yang sedang bersiar-siar di taman berlari ke arah Liz setelah mendengar gadis itu meminta tolong. 
"Mia fainting. Could you please send Mia to the hospital?"
"Yes, of course." Tanpa berlengah Mark pun mengangkat Mia dan segera menuju ke Oxford University Hospitals. Mereka tidak berasa risau kerana pembiayaan hospital mereka ditanggung oleh kerajaan Malaysia.

"Lizzz..." suara halus itu membuatkan Liz terjaga dari tidurnya. Sudah seminggu Mia terlantar di atas katil hospital itu dan baru hari ini dia sedar. Selama seminggu itu jugaklah si sahabatnya setia berulang-alik dari rumah ke hospital setelah habis kuliah. Mulia sungguh pengorbanan seorang sahabat. Lelahnya dilupakan seketika tatkala sahabatnya sedang diuji tuhan.

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.”
(Hadis riwayat al-Hakim)

 

 

 Liz menyapu butiran mutiara yang gugur dari mata Mia. Sungguh Mia merasa terharu dengan pengorbanan sahabatnya itu.

"Miaaa..kenapa menangis ni?" tanya Liz penuh syahdu.
"Mia kesian tengok muka Liz yang kusam sebab kena jaga Mia."
"Liz okay la Mia, janga risau ya. Tadi doktor ada beritahu yang Mia boleh keluar hari ini."
"Alhamdulillah, maafkan Mia ye sudah menyusahkan Liz."
"Mia tak susahkan Liz langsung la."

*****

setelah pulang ke rumah, Mia hanya terbaring merehatkan diri. Sesekali ada juga dia cuba untuk mengemas rumah tetapi dilarang oleh Liz yang betul-betul menjaga kesihatan sahabatnya itu. Sudah 2 hari Liz tak cukup tidur kerana menjaga Mia yang kadang-kadang terjaga ditengah malam kerana batuk yang berpanjangan. Namun, sedikitpun dia tidak pernah mengeluh.

Sedang Mia asyik leka mendengar kicauan burung, tiba-tiba dia terdengar bunyi kaca pecah didapur.
  

5 comments:

  1. x sempat baca lagi dari part one...nanti nak gali balik blog yaya dan baca... hu hu hu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..nanti kalau akak free akak baca la pulak..huhu...

      Delete
  2. yah..bez..huhu cepatlah..xsbr meyh..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...