Entri Terbaru

suka mengumpat ?

Assalamualaikum..
yaya nak share untuk peringatan kita semua.
mengumpat?? mesti kita ada buatkan?
lebih2 lagi kaum Hawa. bukan kaum Hawa ja, Adam pun tak kurangnya.
oleh itu, mari baca apa yang yaya dapat ni hasil carian en. dan pn. goole.

makna mengumpat:
Rasulullah SAW menjelaskan mengumpat ini dalam sabda baginda yg bermaksud, “mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya”
(Hadis Riwayat Muslim)

Dari Jabir dan Abi Said, Rasulullah SAW bersabda:
“Awaslah daripada mengumpat, kerana mengumpat itu lebih keras daripada zina. sesungguhnya seseorang terkadang ia berzina dan bertaubat. maka diterima Allah swt akan taubatnya. Dan sesungguhnya seseorang yg mengumpat, tidak akan diampun dosanya sebelum diampuni oleh org yg diumpatnya itu.”
#cepat-cepat minta maaf pada orang itu tau#

Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Anas, Rasulullah SAW bersabda:
“Pada malam aku diIsra’kan aku telah melalui suatu kaum yg mencakar-cakar muka mereka dgn kuku-kukunya sendiri, maka aku berkata: “Hai Jibril siapa mereka ini? jawab Jibril: Mereka ini adalah org2 yg suka mengumpat dan mereka juga suka menjaga tepi kain org”.
(Abu Daud dari Anas)
#ngeri bila baca balasan untuk orang yang suka mengumpat#

Sabda Rasulullah: “Wahai org beriman dgn lidahnya, tetapi belum beriman dgn hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan janganlah kamu mengintip keaiban (menjaga tepi kain) mereka. Sesungguhnya, sesiapa yg mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaiban, dan dia akan mendedahknnya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri.”
(Hadis Riwayat Abu Daud)
#pesanan dari Rasulullah#

okay sayang-sayang semua..
pintu taubat masih lagi terbuka..
sebelum kita pergi menghadap Maha Pencipta, mari kita sucikan hati kita.
jaga lidah kita. jangan pandangan kita, jaga hati kita dan jaga iman kita.
semoha kita mendapat lindungan daripada-Nya

11 comments:

  1. kekadang mulut tidak berbicara, tapi hati sering mengutuk. masyaAllah..jauhkan diri dari segala hal2 buruk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah..segeralah kita memohon ampun pada yang Esa

      Delete
  2. Replies
    1. thankz fae.. untuk kebaikan kita semua :)

      Delete
  3. my fren cakap...bukan mengumpat tapi meluahkan perasaan...erk

    ReplyDelete
  4. nice sharing yaya :) sama2 kita muhasabah diri dan berubah ke arah yg lebih baik.... ^_______^

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...