Entri Terbaru

tak perlu kot !

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
kali ni yaya nak menjadi kritikus dan memberi pendapat serta pandangan yaya dengan apa yang telah yaya perhatikan selama ini..
sebelum tu yaya nak mintak maaf andai bahasa yang yaya lontarkan sekejap lagi menyinggung serta menyakitkan hati-hati insan yang membacanya..
ianya lebih kepada pasangan suami isteri..
tapi of course la pasangan couple lagi tidak patut buat..(nanti orang geli)


yaya sering perhatikan dan menjadi pemerhati di laman sosial iaitu facebook..
di laman muka buku yaya lebih suka hanya berkongsi apa yang yaya dapat dan kadang-kadang ada la story rutin harian yaya je..(biase-biase je)
tapi kali ni yaya harus bukak mulut..
untuk kita semua jugak..
tak nak la pulak nanti orang geli dengan status yang kita update tu..
laman sosial ni memang memberi faedah kepada sesiapa yang pandai menggunakannya..
ianya juga tempat penyebaran maklumat dan sebagai penghubung dengan rakan-rakan yang jauh..
tak disangkal lagi ianya memang berguna tapi ada sesetengah kita yang tidak pandai menggunakannya dengan betul..


disini saya ingin menyentuh tentang status-status yang diupdate(wah gaya mcm nak buat karangan bm dah)..haha
kalau nak update status tu boleh tapi janganlah sampai peribadi dan hal rumah tangga yang agak personal pun nak diupdate..

"bersiar-siar bersama keluarga tercinta"

kalau macam ni boleh la..

"rindunya dengan en. hubby..tak sabar nak tunggu dia balik nak peluk cium dengan syg yang manje ni"

haa..yang ni la yang yaya cuba sampaikan..bile baca pun yaya dah mula rasa geli..
tak perlu kot nak mention "peluk & cium" itu..
ish malu la..itu kan hal peribadi kita..no need la nak share dekat umum..
takkan la malam tadi punya hal pun nak share??
weh..tak rasa ke malu??mana korang letak semua tu??
perkara macam tu baik disimpan..
ni baru yaya, tak tahu lagi pendapat orang lain..
kalau nak story suami kita tu beri yang istimewa pada kita ke tak pe la..
ni nak story dapat manje-manje dengan suami..
hurm..
better tak payah k..
maaf andai bicara kali ini agak kasar dan tidak beradab..

 

8 comments:

  1. betul tu dear.. meluat sungguh.. couple pun ramai yang suke update camtu.. nak tunjuk kat sape entah kan? hehehe

    p/s:langsung tak jeles pun, sebab tau kite lagi happy dr tu.. hahaha (gelak jahat sikit) ^_^

    ReplyDelete
  2. sangat setuju...ada orang2 yang macam ni... erkss...gelilah... lol... tapi nanti kalau kita cakap diaorang kata kita jeles kat dia pulak...

    ReplyDelete
  3. Kalau biasa2 tu takpe...
    Tapi kalau dah masuk kisah dalam kelambu...
    Ape ke halnya pulak....

    ReplyDelete
  4. sngt setuju..klu akak tulis status gitu mau kene ketuk ngn somi akak..hihihi..orng dah kawen pun rasa geli..:)

    ReplyDelete
  5. betul tu...nak cerita mcm kat umum pulak..
    jeles???
    langsung tak..kolot pemikiran dorang tu kalau nak ckp kita-kita semua ni jeles dekat mereka..

    ReplyDelete
  6. Hmmm setuju sgt...buat malu je... kita yg membaca plk malu

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...