Entri Terbaru

kosong

Tatkala ini fikiranku sedang kosong menerawang ke ruang angkasa,
kesunyian malam ini menitipkan rasa rindu dalam hati,
Kasih yang dulu aku intai walaupun kian menyepi mengikut hari,
kata-katanya aku mengerti bahawa dia masih lagi berduka,
namun, aku tidak sekejam yang disangkanya,
aku diam tidak bermakna aku melupakan,
aku menjauh bukan kerana aku benci,
dan aku pergi bukan kerana aku tak sudi.

benar pepatah mengatakan "cinta tak semestinya harus dimiliki",
lalu kita harus tabah menghitung hari,
aku tak menghilang terus pergi,
tapi aku sentiasa memerhati,
terkadang caramu membuatkan aku benci walaupun aku dah banyak menasihati,
aku tahu aku tak pantas untuk semua itu,
jadi aku harap kau mampu untuk menjadi apa yang kau mahu,
maafkan aku,
aku tak bisa untuk terus membantu andai kau pun bergitu.

kau tanya sayang?
sayang itu akan terus bersemadi dalam jiwa ini walaupun hanya kenangan,
memang mudah untuk kita jatuh cinta,
tapi bukan mudah untuk kita melupakan apa yang pernah kita cipta walau untuk seketika,
dan kenangan itu aku simpan dilubuk hati paling dalam agar tak hilang
kerana aku tak mungkin akan peroleh kenangan sebegitu lagi.

untuk kau wahai insan,
ku titipkan doa agar kau bahagia dengan kehidupanmu,
semoga suatu hari nanti kita akan bertemu kembali ^_^

hasil nukilan,
-Adilah Mohd Asari@AMA-

9 comments:

  1. Replies
    1. pg ni, akak bw dr blog list akak :) Sdg bersedih ke? Jgn sedih2 tau. Be happy

      Delete
  2. Yaya menang le cer belek sini http://neynaproperty.blogspot.com/2013/03/small-giveaway-part-2-by-ninaa.html

    ReplyDelete
  3. wahh, berbakat kakyaya kite niiii :p

    ReplyDelete
  4. bersedih..sedih teringat yang lalu.. :)

    ReplyDelete
  5. kadang, tulisan dan kata-kata menggambarkan hati kita..love to read this dear..:)

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...