Entri Terbaru

variasi hari ini

variasi hari ni,
dapatkah melahirkan generasi yang berdedikasi?
yang punyai moral yang tinggi,
yang tidak menimbulkan kontrovesi,
yang tidak membangga diri,
yang sentiase merendah diri.

variasi hari ini,
semakin menjadi-jadi,
tersohor sana sini,
kebaikan atau keburukan yang kita perolehi?

variasi hari ini,
huru-hara sana sini,
negara dah hilang harmoni,
dah tak boleh ke nak toleransi?

variasi hari ini,
manusia boleh dipakai beli,
dekat mana letak maruah diri?
ingat lah duit tak boleh dibawa mati!

variasi hari ini,
manusia sibuk mengejar urusan duniawi,
nak tinggal dekat mana akhirat nanti?
dalam api ataupun taman firdausi?
pilih lah berhati-hati,
jangan ikutkan nafsu nanti menyesal dikemudian hari.

variasi hari ini,
pemuda-pemudi buat maksiat sesuka hati,
dah berani sangat nak masuk dalam api,
tapi kalau nak bertaubat peluang masih menanti,
jangan pula kita mengeji,
tapi kita beri sokongan motivasi,
supaya mereka tak patah hati.

variasi hari ini,
generasi harus berhati-hati,
sebagai khalifah dimuka bumi,
mari renungi maksud ayat ini
"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi. Mereka berkata: Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." - Surah Al-Baqarah: Ayat 30

variasi hari ini,
entri kali ini ^_^

hasil nukilan,
-Adilah Mohd Asari @ AMA-

4 comments:

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...