Entri Terbaru

Allah memberi makan pada hari kiamat.

Assalamualaikum..
selamat pagi.
dengan kemerahan mata  dan kegatalannya yang melanda..oouchh!!
hadap jugak la CCY peneman aku nih..
ok..berdasarkan tajuk diatas.
apa yang korang agak?
Allah nak beri makan pada sapa?
hambanyalah..
tapi hamba yang macam mana?


Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesungguhnya pahala yang diperolehi oleh orang yang memberi makan serta bersyukur sama pahalanya dengan pahala yang diperolehi oleh orang yang berpuasa serta bersabar” (Riwayat Hakim melalui Abu Hurairah r.a)

Orang yang berpuasa dan bersabar semasa lapar dan tidak merintih kelaparan besar pahalanya. 
Manakala mereka yang memberi makan kepada orang yang lapar akan diberikan pahala sama seperti orang yang sabar semasa berpuasa.
Memberi makan kepada orang yang lapar sangat istimewa balasannya daripada Allah SWT.
Daripada Abu Said al-Khudri r.a, dari Nabi S.A.W, Baginda telah bersabda yang maksudnya:
Mana-mana orang mukmin yang memberi makan kepada seorang mukmin semasa ia lapar, nescaya Allah memberi makan kepadanya pada hari kiamat dari buah-buahan Syurga;
dan mana-mana orang mukmin yang memberi minum kepada seorang mukmin semasa ia dahaga,
nescaya Allah memberi minum kepadanya pada hari kiamat dari minuman syurga yang tersimpan dengan sebaik-baiknya;
dan mana-mana orang mukmin yang memberi pakai kepada seorang mukmin semasa ia memerlukan pakaian, nescaya Allah memberi pakaian kepadanya dari pakaian syurga." (at-Tirmidzi)
Oleh itu sekiranya ada orang miskin yang lapar, ajaklah mereka makan dan belanjalah mereka.
Tak susah pun kan. Bila kita membantu orang lain, ALLAH akan membantu kita pula.
Sebaiknya bawa mereka ke tempat makan atau belikan apa yang mereka suka makan. Ini lebih baik daripada memberi wang kerana jika kita beri wang, mungkin mereka tidak menggunakan kesemuanya untuk makan dan kita tidak akan mendapat kelebihan memberi makan kepada orang yang lapar.
 
 

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...