Entri Terbaru

Batasan Bergurau

Gurauan?? Yaya percaya semua orang gemar bergurau senda bersama yang lain. Tapi bukan semua perkara boleh dibuat gurau. Memang ramai yang tak suka dan cakap yang Yaya ni "poyo la", "straight sgt la", 'gurau sikit pun tak boleh"
Memang ramai yang cakap dan ada kalanya sampai mereka hilang mood terus nak naik angin.
Maaf disini Yaya nak menyatakan bahawa Yaya memang boleh dibawa bergurau tapi biarlah kena pada tempatnya.
 
Sedangkan Baginda Rasulullah s.a.w turut berjenaka dan bergurau dengan ahli keluarga dan para sahabat.Bergurau senda dapat membuahkan kedamaian ,kegembiraan, belaian jiwa,keharmonian dan penuh kemesraan jika dibuat dengan cara yang betul.
 
Yaya tak kisah kalau mereka mahu marah kembali pada Yaya, kerana apa yang Yaya sampaikan pada mereka itu sebagai peringatan bukan untuk membinasakan. Jika kita ditegur oleh orang lain, terima teguran mereka dan ucapkan terima kasih kerana mereka masih sayang pada kita sebab itu mereka menegur silap kita.
 
Pernah suatu hari ada seorang abang yang sudah biasa datang ke sini dan dia bergurau pada Yaya dengan menyebut "April fool".. Yaya hanya mengatakan "mana boleh la April fool tu".
Then abang tu kata "alah nak bergurau sikit pun tak boleh, kalau tak boleh pergi ******************bla bla bla"
La..takkan Yaya cakap macam tu pun nak emosi sangat? dah kenapa abang?
Sabar je la.
Kenapa Yaya sensitif sangat dengan apa yang abang ni guraukan..sebab dia tak sedar "april fool" itu adalah hari dimana umat Islam dibunuh beramai-ramai. Umat Islam di perbodohkan. kalau korang nak tahu sejarah tentangnya boleh klik sini.. atau pun korang boleh search di google dan yaya percaya ramai yang berkongsikan cerita yang sama.

Haa..dah baca kan sejarah april fool itu?
Sebab itulah Yaya pantang sekali orang yang menyebut perkataan "april fool". Abang itu juga Islam jadi Yaya mahu mengingatkan dia.
Bukan sewenang-wenangnya saja kita nak bergurau ok.

Banyak batas yang harus kita ketahui dalam bergurau ini. Antaranya :
  • Dengan siapa kita bergurau--> kalau nak bergurau tengok dulu dengan siapa kita nak bergurau jangan main bedal je. Mana tahu mereka tu jenis cepat terasa ke kan susah. Hati orang bukan kita tahu kan?
  • Perkataan/ bahasa --> guna perkataan yang sopan dan sedap didengar. Jangan guna bahasa kasar dan menyakitkan hati orang lain.
  • Agama--> kita kena tahu tentang perkara dalam agama yang tidak boleh dibuat gurau seperti nikah, talak, cerai dan sebagainya. Oleh itu, kita harus timba lagi ilmu agama tu jangan sewenang-wenangnya nak memperolokkan agama Allah. "tak tahu bertanya, kalau malu sesat jalan"
  • Peribadi--> jangan suka-suka nak bergurau dengan maruah atau keturunan. Ianya suatu perkara yang sangat sensitif dalam diri kita sendiri kan? Kalau nak orang hormat kita, kita harus hormat mereka juga.

Setakat ini dulu luahan isi hati Yaya yang sedikit kecewa dengan sikap alpa sesetengah individu. Memberi nasihat itu bukan untuk memalukan tapi untuk memperbaiki.

17 comments:

  1. akak bergurau ikot mud..taim mud x elok, jgn mimpi bleh bgurau yoo...kang kono lompang lelaju free jo...hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..den dah tahu dah akak cenggano..hehe

      Delete
  2. memang berguray tu prlu ada batsan..
    tp kalau kita nk tegur org yg bergurau tu pun perlu berhemah...

    ReplyDelete
  3. akak suka bergurau dgn hasben akak je..
    hikihkhikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..tak pe la dengan hasben, phm dah la perangai dia..

      Delete
  4. as salam , blogwalking jom join segmen ni first segmen :)

    http://cokielatmaness.blogspot.com/2013/04/segmen-i-love-you-mom.html

    ReplyDelete
  5. yups! betul tu..akak nie mmg jenis yg suke bergurau..pernah ad sekali pglmn tu, akak bergurau xkne tmpt..last2 akak yg kne blek sbb gurauan akak tu sndri..lpas dri tu,mmg klau nk bgrau kne pk dlu..nk grau, yg biase2 je xpe,tpi kalau nk lebih2..mmg xptot laa kn... hihii :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye..pengalaman mengajar kita lebih matang ^_^

      Delete
  6. yup, betul, gurau mmg ada batas nya. :)

    ReplyDelete
  7. bergurau tak salah tapi kena dengan batas dan masanya kan

    ReplyDelete
  8. Setuju Yaya......
    Kadang adakalanya kita bergurau tak kira batas..
    Tak sedar ada yang terguris...

    ReplyDelete
  9. ha,betol tu. nak gurau mestilah ada batasnya.

    ReplyDelete
  10. setuju dgn iha..bergurau tu jgn trlebih2..jgn sampai menipu dn mnyinggung perasaan org lain

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...