Entri Terbaru

istimewanya Rejab, Syaaban dan Ramadhan

sebelum bercerita tentang bulan Ramadhan yang bakal menjelang.
yaya nak kongsi pasal bulan Rejab dan Syaaban yang juga mempunyai keistimewaan tersendiri.

                                                                         

Assalamualaikum..
Sedar ataupun tidak, pada hari ini adalah 1 Syaaban 1432h.  Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas bulan Rejab yang penuh keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa. Walaupun bulan Rejab sudah berlalu, ku ingin juga ingatkan kita mengenai kelebihan bulan Rejab, kemudian bulan Syaaban dan bulan Ramadhan.

Kelebihannya 
Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.
Kemuliaan Rejab dgn mlm Israk Mikrajnya.
Mlm awal Rejab, mustajab doanya. ( dlm kitab Raudhoh Iman Nawawi)
Kata Saidina Ali :
- puasa Rejab 13 hari = puasa 3 ribu thn
- puasa Rejab 14 hari = puasa 10 ribu thn
- puasa Rejab 15 hari = puasa 100 ribu thn
 
Bulan Rejab Syahrullah ( Bulan ALLAH ), diampunkan dosa org-org yg meminta ampun & bertaubat kpd ALLAH. Puasa bulan Rejabwajib baginya :
 
·         Diampunkan dosanya yang lalu
·         Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal
·         Terlepas dari dahaga di hari kiamat



  •  Barangsiapa berpuasa pd awal hr khamis pd bulan Syaaban & akhir Khamis drpd Syaaban dimasukkan dia ke dlm Syurga. ( AL-Hadis dari kitab Al-Barakah)
  • Berkata Siti Aisyah r.a.h. bulan yang lebih dikasihi oleh Rasulullah s.a.w ialah bulan Syaaban.
  • Amalan-amalan sunat pada bulan Syaaban:
  • Memperbanyakkan puasa sunat
  • Bertaubat & beristighfar
  • Memperbanyakkan zikir & doa
  • “ Allah menjenguk dtg kpd semua makhlukNya di malam Nifsu Syaaban, maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali org yg menyekutukan ALLAH atau org yg bermusuhan.”( Hadis riwayat Ibnu Majah at-Thahrani dan Ibnu Hibban)
  • Sabda Rasulullah s.a.w: Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdal sesudah ( selain ) Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban. ( Al-hadis )


Kelebihannya 
*      Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : Apabila tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan – hadis dikeluarkan oleh Imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad dan Baihaqi-
 
*      Daripada Abu Hurairah drpd Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud : Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dgn penuh keimanan dna keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. – Diriwayatkan oleh Imam Nasai’e, Ibn Majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
 
*       Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istighfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.
 
*      Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)
 
*      Malaikat yang banyak muka bersujud kepada Allah pada hari Qiamat, satu muka sujud , satu muka melihat syurga, satu muka melihat neraka, satu muka melihat Arasy , lalu berkata malaikat itu : Wahai Tuhanku , ampunlah umat Muhammad, kasihanilah mereka! janganlah disiksa orang yang berpuasa Ramadan dari umat Muhammad! (Al-Hadith)
 
*      Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
o   a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
o   b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
o   c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
o   d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
o   e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
Alhamdulillah, kita dah lihat beberapa keistimewaan bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan. Mungkin pembaca boleh cari keistimewaannya lagi di mana-mana sumber kerana apa yang saya taip ini, hanyalah sebahagian.Moga-moga dengan mengetahui keistimewaan 3 bulan ini, menjadi pendorong kepada kita utk banyakkan amal, meningkatkan iman dan meraih cintaNya. Moga Allah meredhai setiap amalan kita di dunia ini. Insyaallah.

REJAB bulan menabur benih,
SYAABAN bulan menyiram tanaman,
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya,
SYAABAN menyucikan hatinya,
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat,
SYAABAN bulan muhibbah,
RAMADHAN dilimpahi segala amalan.

Sekian ^_^

14 comments:

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...