Entri Terbaru

Janji Allah itu pasti..



Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (At-Thalaq, 3)

pernah dengar tak "Allah dah merancangkan sesuatu untuk kita" ?

Ya, semakin yaya meningkat usia semakin yaya sedar dan banyak belajar dengan apa yang terjadi.
Sedar dari dulu lagi kenapa tiap sesuatu itu terjadi samada baik atau buruk dan yaya tahu ada yang Allah dah rancangkan cuma kita je belum nampak lagi.
Yaya sedar slow by slow dengan apa yang Allah dah aturkan.
Keyakinan Yaya sungguh kuat yang Allah takkan pernah mensia-siakan Yaya walaupun Yaya  seakan-akan mahu rebah ditengah jalan.
Tapi disebabkan yakinnya Yaya pada apa yang Allah akan aturkan untuk yaya, finally yaya kuat untuk berjalan kembali atas muka bumi yang hijau ini.
Dulu lepas SPM, rasa macam kurang yakin dan nyaris putus asa kerana yaya hanya sambung STPM. 
Tak pernah terfikir pun akan masuk tingkatan enam tapi yaya tak pernah pun tak suka sebab ada jugak dapat panggilan poli tapi Yaya tak pergi sebab sudah mula jatuh cinta dengan pembelajarn tingkatan enam.
Alhamdulillah kini yaya mengerti kenapa yaya hanya dapat sambung di tingkatan enam sahaj, sebab Allah dah aturkan sesuatu untuk yaya pada masa mendatang.
Alhamdulillah yaya bersyukur sekarang dan tidak pernah menyesal.

moral dari kisah pendek ini adalah jangan pernah putus asa walaupun kita berada pada kedudukan yang paling bawah sekali kerana tidak mustahik suatu hai nanti kita lah yang akan berada pada kemuncak paling atas dan jangan pernah mengaku kalah sebelum pergi berjuang kerana kita tidak tahu lagi apa yang akan jadi.

Jadi untuk adik2 lepasan SPM tu, kalau korang dapat tawaran u / poli/ form 6, korang pilih lah mana yang korang mampu ikut kosnya. Jangan kita fikir kalau kita masuk tingkatan enam kita tidak pandai. JANGAN! kepandaian seseorang itu bukan di tengok dimana kita belajar tapi dinilai melalui keputusan kita nanti.
Jangan risau, korang masih ada harapan lagi untuk berjaya, cuma jangan malas udahlah ye..







11 comments:

  1. betul tu... rezeki bukan datang dari manusia, kumpulan, boss, pelajaran, taraf pelajaran, kelulusan, parti atau taraf hidup... rezeki adalah kurniaan Allah.. lembu takde SPM pun kenyang menyandar... pokok di padang pasir pun siap berbuah...

    rezeki hanya dari Allah

    ReplyDelete
  2. pendapat akak, masuk form 6 lebih cerah peluang nak poie U...tp akak dolu abeh je SPM trus dpt ITM...sempat masok form 6 2 minggu jee...hehehe...apepon, akak doakan yg terbaik utk yaya..

    ReplyDelete
  3. thanks kak yaya. In Shaa Allah, akan pasrah dgn apa yg telah ditakdirkan. Sebab Allah kan perancang yg terhebat. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome dear ^_^..yup betul tu.. Allah adalah perancang yang terhebat!

      Delete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...