Entri Terbaru

Kuku pun kene jaga


Assalamualaikum & salam sejahtera semua pembaca..
kuku, kuku, kuku..
kuku u all cepat panjang ke lambat?
kuku yaya cepat panjang, sekejap je potong nanti sok lusa dan kene potong lagi..
mana taknya kene potong, baru panjang sikit dah mula rasa tak selesa.
kadang-kadang kalau nak buat keje pun rasa tak selesa sebab nanti bila berlaga kuku dengan kulit mula la sakit la terkoyak la..
untuk pengetahuan u all kuku yaya ni berbisa kot macam kawan-kawan selalu cakap, sebab baru je cubit dorg sikit dah terkoyak kulit meke..sejak saat tu yaya pun dah mengurangkan aktiviti cubit-mencubit ni..
ok stop..panjang pulak yaya melalut ni klik-->

kuku Cara Pemakaian Cincin Dan Potong Kuku Mengikut Sunnah Nabi
tertib pemotongan kuku mengikut sunnah

Sekarang ni ramai yang pakai cincin. Tapi ikut suka dia je. Sunnah nabi jarang nak ikut. Renungkan.

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang..
bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut..daripada dok tanggung dosa  bela babi baik kita  potong kuku..ala tak lama pun cuma kita je yang tak nak luangkan masa untuk potong kuku..
amboi kalau pergi bersiar-siar ada pulak masa kan..sama la macam yaya.

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak. Boleh bayangkan tak kalau najis melekat then u all tak perasan?

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang kurang pandai ataupun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Percayalah.
Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info
Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

(Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-’Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث …. وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: “Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadith pun… Ibn Daqiq al-’Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata:
“Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan sama ada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan.”

14 comments:

  1. Tq atas sharing ini kak yaya!
    Berkuku panjang amatlah leceh. Dia org mesti sentiasa nk kne jaga kuku, tak boleh patah bagailah. Klau time nk mkn, mesti cari sudu kn?? ^_^
    Sy pon mmg x selesa klau kuku panjang. Rasa nk kerat2, potong2 je kuku tu.

    ReplyDelete
  2. tak suka kuku panjang. nnt mulalah dpt jerawat... hehehh berkuku pendek selalu kan lg bagus ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..betul..kalau yaya dapat parut pulak sebab suka picit2 jerawat..haha

      Delete
  3. eeemmm...samalah yaya, KY pun mcm tu kuku cepat panjang dan lembut...tak suka kuku panjang rimas

    ReplyDelete
  4. klu kuku panjang org nk mkn masakan kita pun geli kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang la..kebersihan diutamakan..

      Delete
  5. kuku panjang?....eeeee...geli lahhh!!!...basoh vontot cano klu dah kuku panjang????....wekkk!!!!!

    ReplyDelete
  6. kuku panjang memang menyusahkan sebenarnya. Thanks share :)

    ReplyDelete
  7. Akak tak suka kuku panjang..
    Tapi kadang malas nak potong....
    Tu yang kadang sekali dua terpanjang tu..
    Anyway nice sharing dear..

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..meh yaya tolong potong kan..hehe

      Delete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...