Entri Terbaru

Perkara yang tidak disukai


Assalamualaikum.
semoga anda semua sihat disamping insan tersayang.
lumrah manusia mempunyai hati dan perasaan.
sedangkan haiwan pun ada perasaan jugak kan? eh betul ke?
tapi perasaan manusi makhluk Allah yang diberi akal dan fikiran ini berbeza sekali dengan haiwan.
mereka mempunyai pelbagai variasi perasaan yang sukar ditafsir.
malam ni yaya nak kongsi satu daripada pelbagai perasaan manusia iaitu perasaan "tak suka"

"tak suka" bukan bermaksud benci taw.
Ianya satu perasaan dimana kita tidak gemar dengan apa atau sedang orang lain lakukan atau tidak berminat dengan sesuatu.
contohnya "Yaya tidak suka makan sambal pedas"---> maksudnya disini, individu itu tidak menggemari sesuatu masakan itu..
berbalik kepada tajuk..
terdapat beberapa perkara yang bagi pendapat yaya semua orang tak suka termasuklah yaya..
apa perkara itu?
ini yang yaya rasa, kalau ada lagi boleh kongsi kan kat komen ya sayang semua.

Antara perkara-perkara yang tidak disukai..ELAKKAN !!!

  • Jangan sibuk dok canang cerita yang mengaibkan orang kerana kita tak tahu apa yang akan terjadi pada kita walaupun cerita yang korang sebarkan tu betul. "Kalau kita menutup keaiban orang lain, Allah akan menutup keaiban kita diakhirat kelak"
  • Jangan fikir diri kita bagus sehinggakan kita buta dengan silap kita.
  • Jangan suka ikut emosi kita dan lepaskan pada mereka yang tak bersalah. Apa dosa mereka? Mereka pun ada hati jugak taw! Jangan bawak masalah peribadi dekat tempat kerja. Langsung tak profesional.
  • Jangan suka perli-perli orang kalau tak suka, just cakap terus terang (itu kan lebih baik)
  • Jangan asyik pandang salah orang. Maafkan mereka kerana bukan dia sahaja pernah buat silap, kita pun sama je insan yang lemah.
  • Jangan jadi kawan makan kawan.
  • Jangan menipu dalam perbualan ataupun jual beli. Nanti orang dah tak percaya kita.
  • Jangan mendabik dada/bangga diri. Kita kena sedar bahawa Allah boleh menarik nikmat yang Dia beri pada kita bila-bila masa.
  • Jangan sombong.
  • Jangan membuat anggapan yang buruk/bersangka buruk pada seseorang kalau kita tak kenal dia lagi macam mana.
  • Jangan suka kacau anak dara orang (ni untuk kaum Adam) sebab kita tak tahu dia selesa atau tak. Lagi pun kan memang tak sopan kacau anak dara orang.
  • Jangan suka tiru/ciplak hasil orang.
  • Jangan lupa diri siapa kita yang sebenarnya.
ok..setakat ini sahaja yang berada di kotak fikiran yaya tatkala ini.
kalau u all ada yang lain boleh kongsi ok ^_^
terima kasih

4 comments:

  1. suka phase ni "Kalau kita menutup keaiban orang lain, Allah akan menutup keaiban kita diakhirat kelak".

    ReplyDelete
  2. kalau cik akak pun tak suka kalau cam tu..huhu...orang cam tu...kasi karate hidup2..biar padan muka dia dik..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ganasnya nak karate..haha..takut takut >_<

      Delete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...