Entri Terbaru

Rapuhku


meski ku rapuh dalam langkah 
 kadang tak setia kepadaMu 
namun cinta dalam jiwa 
 hanyalah padaMu
 
maafkanlah bila hati 
tak sempurna mencintaiMu  
dalam dadaku harap 
hanya diriMu yang bertahta
 
detik waktu terus berlalu  
semua berakhir padaMu

Seperti lagu diatas ini. Terkadang kaki yang kuat melangkah bisa terhenti dek kerana duri tercucuk dijari.
Seperti gadis-gadis biasa, Yaya juga mahukan bergembira seperti mereka dan perubahan ini bukanlah penghalang. Yaya masih bisa tersenyum dan bergurau-senda. Tapi terkadang anggapan orang itu bisa menggoyangkan iman kita.
Terkadang aku seperti dedaun,
Yang melambai-lambai ditiup angin,
Andai aku kuat aku masih lagi bisa melekat,
Namun andai aku mengalah,
Aku bisa gugur di tanah,
Lalu menjadi mangsa pijakan makhluk Allah.

Yaya hanya gadis biasa dulunya. Sama seperti kamu semua. Banyak melakukan dosa walaupun sedar ianya membinasakan kita. Dahulunya gadis ini pernah dibenci orang kerana cemburunya mereka kerana iras wajahnya. Bencinya mereka kerana ketegasan Yaya menjalankan tugas dan akhirnya dari benci itulah mereka menjatuhkan Yaya. Yaya bersyukur kerana kedegilan yang Yaya punya membuatkan Yaya terus kehadapan. Kekuatan hati yang dipohon dari Ilahi membuatkan Yaya lali dengan cemuhan mereka dan Yaya mampu untuk terus bangkit dari jatuh. Alhamdulillah...Yaya bersyukur.

Lalu sedikit demi sedikit Yaya cuba berubah. Berubah menjadi muslimah yang sebenar, bukan menjadi muslimah yang bertudung tapi berseluar legging. Yaya belajar mencintai Allah dengan sebenar-benarnya bukannya mencintai Allah hanya melalui kata-kata cinta tapi ianya melalui perbuatan kita. Meskipun ada yang tak percaya tapi itulah yang mereka lihat pada Yaya sekarang.

Perubahan itu tak sesusah yang mereka sangka,
Dan tak semudah yang kita rasa,
Ada kata-kata yang perlu kita telan,
Kalau tak kita akan jatuh tenggelam dalam api neraka.

Yaya tak nafikan ada yang mahu berubah tetapi disebabkan tomahan orang, mereka terus berputus asa malah menjadi yang lebih teruk daripada dulu. Tak mustahil kan? Dan tak mustahil jika seseorang itu pada masa lalunya dialah yang paling seksi tetapi menjadi yang paling dihormati dan disegani kerana berubahnya dia kearah yang lebih baik dan tak mustahil untuk kita juga berubah kearah lebih baik. Kita pasti mampu berubah.


المرأة عورة فإذا خرجت استشرفها الشيطان


"Wanita itu aurat, maka apabila ia keluar rumah syaitan menyambutnya." (HR. Tirmidzi 1183, dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Irwaul Ghalil 273)
 
"Kewajipan menutup aurat adalah kerana tubuh badan seorang wanita itu adalah sangat berharga dan suci, mana mungkin kemuliaan dan kesucian seorang wanita itu dipamerkan kepada manusia yang tidak sepatutnya? Ibarat emas permata, intan berlian yang sentiasa terjaga dan dilindungi malah diletakkan di dalam bekas yang cantik dan selamat."

Semoga kita semua mampu untuk berubah menjadi yang lebih baik. chayok ! chayok !
Semoga kita mendapat kekuatan untuk beristiqamah ke arah kebaikan ^_^






 

















9 comments:

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...