Entri Terbaru

serikan impianku #live blogging

sesi mendengar cik epal berkongsi cara-cara bagaimana nak buat blog kita menarik+unik..

pertama : URL BLOG YANG MUDAH INGAT

misteriomuchacha.blogspot.com ( tak patut,, buat orang susah je nak menyebut serta susah nak ingat) yaya punya link la ni..
yayacraft.blogspot.com ( haa yang ni senang la nak ingat) yaya punya link jugak..

kedua : background yang sedap mata memandang


korang kalau nak buat header buat lah yang sesuai ok..
jangan pelik-pelik sampai orang pun  tak leh nak paham..
header pun menunjukkan identiti blog kita tu..
dan korang jugak haruslah menggunakan font yang senang orang nak baca.
Jangan guna font yang bersambung-sambung nanti payah orang dok mengeja.
serta warna font yang contra..tapi tak terlalu terang sampai sakit mata orang memandang
dan tak terlalu pudah sampai orang tak boleh nak baca pulok dah..

ketiga : hadir event


berkongsi event yang telah kita pergi juga menyumbang kepada traffic ke blog kita.
pastikan pengolahan kita itu menarik agar mereka terpukau untuk membaca entri kita lagi, lagi dan lagi sampai habis..

keempat : luaskan pergaulan



jangan pilih bulu jangan pilih darjat..
jangan jangan jangan!!!
bergaul mesra dengan blogger yang lain..
tegur mereka di fb or berchat saja dengan dia bertanya khabar..
tak salah pun dan cara ini membuatkan kawan kita bertambah ramai.
siapa tak nak dapat kawan kan??
yaya suka dapat kawan ramai-ramai.
boleh tukar-tukar pendapat.

kelima : blogwalking

korang buat tak ni?
selalu tak bw blogger2 yang lain?
dengan berblogwalking juga kita dapat menaikkan traffic blog kita.
tinggalkan la komen dekat entri blogger lain. Ingat!! beri komen yang power gitu biar
owner blog tu terpukau dan dengan automatiknya dia akan bw kita balik utnuk lihat siapa yang
telah beri komen yang POWER gitu.huhu
selain itu, korang pun tinggalkan la mesej dekat cbox/shoutbox yang dorang telah sediakan tu,
senang sikit dorang nak g blog korang balik tapi jangan tinggalkan link iklan sudah la.
memang buat orang sakit hati.

keenam : be ur self!!



jadi diri sendiri!!
jangan tipu-tipu identiti seperti meletak gambar orang lain yang gojes2 dan mengaku itu kita.
hello, tak perlu la kan nak tipu.
orang tak pandang pun rupa paras bagi nak jadi follower kita ok.
letak gambar sendiri je lagi bagus, jadi nanti kalau jumpa kat luar tak la confius.
lepas tu cara penulisan kita..
jangan la nak cover ayu bagai dalam setiap post, biar menarik dan selamba seperti perbualan kita yang biasa.
kalau nak cakap tang skema tang poyo tu maaf la kadang-kadang memang yaya ni guna ayat bahasa melayu baku, bukan apa bukan sebab nak buat ayat kita jadi best owh gojes tapi memang yaya ni dah biasa berbahasa melayu baku ni.
kan dah cakap jadi diri sendiri.

ketujuh : tunjuk bakat




blog juga adalah salah satu dari medan untuk kita menunjukkan bakat kita pada yang lain selain you tube.
bila kita share apa yang kita boleh pada orang lain, mana tahu dorang berminat dengan apa yang kita hasilkan tak kisah la bakat menjahit, mengedit blog, melukis doodle dan banyak lagi.
bagi yaya, yaya ada lagi satu blog iaitu blogshop,
yaya minat menjahit so dari situ yaya fikir macam mana nak bagi orang lain tahu pasal apa yang yaya hasilkan.
kalau nak singgah blogshop yaya tu just klik pada pict kat atas tu ya..
selain itu juga, yaya pun suka menghasilkan karya
yaya suka mengabadikan semua karya yaya dalam blog sebab yaya boleh selalu baca
so korang pun tunjukkan bakat korang yang ada tu.

kelapan : spreading the story



laman facebook merupakan laman sosial yang majoritinya dimiliki oleh setiap orang.
sekarang ni nak sebar sesuatu perkara banyak dilakukan di facebook dan mudah bagi orang baca.
so lepas je korang publish entri korang tu jangan lah lupa share dekat fb sekali.
lagi senang bagi yang ada fan page dan korang pun boleh share dekat group yang korang join.
selain tu pun korang boleh share dekat twitter , instagram dan banyak lagi laman sosial yang boleh korang kongsikan.
dengan cara begini dapat menambahkan lagi jumlah pengunjung dan pembaca blog korang.

kesembilan : kesesuaian gambar



ni la yang yaya maksudkan..
gambar mana satu yang buat korang rasa lebig tertarik nak makan?
mestilah gambar yang jelas dan terang tu kan kan?
haa..kalau korang nak share gamba tu, biarlah gambar tu jelas dan jangan yang blurr ok..
nanti pembaca pun tak tertarik dengan apa yang kita share..
baru lah ada feel kan..
ye dok??
sekaang kan dah ada pelbagai application boleh guna..
manfaatkan ok..

ok..sampai sini je lah perkongsian yaya dengan apa yang yaya dapat dari cik epal..semoga berguna untuk korang semua..

32 comments:

  1. wahh thanks sharing cik yaya ! wuhuu :D

    ReplyDelete
  2. Terimakasih informasinya cik Yaya..... hhe berarti harus ketemu sama cik Yaya donk.

    ReplyDelete
  3. Thanks for sharing ! Info yang sangat berguna :)

    ReplyDelete
  4. Informasi berguna. Tq akak share ilmu dari Cik Epal!!
    :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga dapat digunakan ye dik..welcome :)

      Delete
  5. good info...setuju sgt yg no. 6 tu...

    ReplyDelete
  6. banyak info yang berguna yang boleh diguna pakai...btw, thanks cik yaya...nice sharing!

    ReplyDelete
  7. vah vah vah...cepat betul...dah ketinggalan flight dah akak ni... ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..ni pun kita buat semalam..baru nak publish :)

      Delete
  8. suka yaya punya entri yg ni! besttt.. thanx share yea.. =)

    ReplyDelete
  9. bagus penerangannya..akak pun tak update lagi ni..haha..nnt lupa pulak..haish..tak rajin betol ni..

    ReplyDelete
  10. Pengkongsian yang bagus , thanks inform (:

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...