Entri Terbaru

serikan impianku #my fair & lovely diy facial..


sesi kedua adalah sesi "beauty workshop"
macam-macam yang diajarkan antaranya cara-cara nak bermake-up
dan semestinya nak make-up ni pulak banyak cabangnya.
cara nak pilih bedak yang sesuai, cara nak pakai gincu biar tahan lama, cara nak pakai pembayang mata, cara nak pakai pelentik mata dan cara nak pakai eyeliner.
tapi yang yaya amalkan dari sesi ni adalah cara mencuci muka dan pemakaian krim muka.
memang la kita tahu kan macam mana nak cuci muka..ala senang je kacang goreng..
tapi betul ke cara kita mencuci itu??
yaya pun salah cara cuci muka, dan lepas diajar yaya tak lupa dah..
meh sini yaya kongsi

Langkah 1 : Bersihkan tangan


mula-mula bersihkan tangan korang secara teliti dengan menggunakan sabun bagi mengelakkan sebarang pemindahan kekotoran dan kuman dari tangan ke wajah korang.

Langkah 2 : menanggalkan solekan

Kalau korang memakai solekan, tanggalkan sepenuhnya sebelum mencuci muka.
Langkah ini membolehkan pembersihan yang lebih berkesan.

Langkah 3 : Membersihkan muka


Basahkan muka.
Picitkan sedikit pembersih muka (tak kisah lah jenama apa) ke atas tapak tangan.
Gunakan tangan yang lain bagi menghasilkan buih.
Sapukan buih ke atas pipi, dagu, dahi dan hidung secara gerakan membulat bagi pembersihan lebih sekata dan peredaran darah yang lebih baik.
Mula-mula sapu bahagian dahi.
Kemudian pipi, masa kat pipi tu korang buat pergerakan secara membulat tapi melawan arah jam.
Lepa tu dagu dan akhir sekali hidung.
Masa bahagian hidung tu urut kebawah dan bukan ke atas ok dan jangan lupa celah-celah hidung tu ^_^

Langkah 4 : Membilas muka
Bilas muka u all sehingga kulit bebas daripada buih.
Digalakkan menggunakan air sejuk untuk menutup liang-liang kulit.
Kemudian menepuk muka secara lembut dengan tuala yang bersih untuk mengeringkan muka.

Langkah 5 : Melembap muka

Gunakan krim pencerah muka untuk melembapkan kulit.
Titikkan krim pada pipi, dahi, hidung, dagu serta leher.. Ingat leher taw, kesian leher terabai..
Takkan muka je nak cantik?
Gunakan jari tengah dan jari manis untuk mengurut krim pada pipi secara lembut dengan pergerakan membulat.
Teruskan hingga ke dagu, dahi, kemudiannya turun ke hidung.
Urut kulit sehingga diserap sepenuhnya.

selesai..
disebabkan Yaya pun dah lama tak pakai pencuci muka ni (jangan tak percaya taw) haha..
Yaya pun pakai lah pembersih muka Advanced Multi Vitamin Fair & Lovely
dan
krim pencerah muka Advanced Multi Vitamin Fair & Lovely yang diorang bagi sebagai ole-ole..huhu..
kalau dikira dah masuk kali ketiga Yaya pakai jenama ni..
dah lama tinggalkan ternyata baunya lagi wangi dari dulu masa yaya form 1..huhu


Selamat praktikkan ye u all..

4 comments:

  1. Akak!! Thanks for sharing!! :))

    ReplyDelete
  2. akak pakai NV jo...yg len, x serasi dongan kulit...ngeh3!

    ReplyDelete
  3. Wah3... akak google kebaikan pencuci muka fair & lovely, title entri yaya yg ni yg memula sekali keluar tau... Hebat2.... Ni gara2 nak siapkan entri GA Yaya lah tu akak search. hehe... Thanks ajar cara cuci muka yg dh lm akak tak praktikkan ni.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...