Entri Terbaru

tidaaaaak!! badan aku berbau ?

Menghilangkan Bau Ketiak

badan berbau? (tapi ia lebih kepada bahagian bawah lengan kita)
sedar tak?
bukan semua orang mempunyai masalah ini.
tapi bagi yang menghadapi masalah ini pasti akan berasa tidak selesa kan lebih lagi bila persekitaran yang ramai orang.
takut apa orang akan cakap pada korang. Sayangkan muka yang cantik kurniaan Allah tapi kita mempunyai masalah sebegitu.
jangan dok diam saja, bertindak segera. terdapat pelbagai cara selain pemakaian deodorant tapi kene pandai pilih gak deodorant yang sesuai taw. kalau tidak bukan makin kurang, makin bertambah lagi ada la bau tu.

Tips Menghilangkan Bau Ketiak :

1. Setiap hari, apabila anda mandi sila amalkan menggosok kedua ketiak anda dengan lutut. Dinasihatkan agar anda mengamalkan setiap hari agar bau ketiak anda hilang.

2. Gumpal beberapa daun sirih di tapak tangan sehingga mengeluarkan air yang bewarna hijau. Sapukan air tersebut pada kedua-dua belah ketak anda sebelum mandi. Amalkan setiap hari.


3. Ambil tiga atau empat biji limau nipis. Potong kesemua limau nipis tersebut dan selepas mandi, sila gosokkan limau tersebut pada bahagian ketiak anda yang berbau. Sila amalkan setiap hari sehingga bau ketiak anda hilang.

4. Ambil beberapa pucuk daun jambu batu dan tumbuk sehingga lumat. Kemudian gosokkan pada ketiak anda sebelum mandi dan biarkan beberapa minit dan bersihkan dengan air bersih.

5. Ambil beberapa biji pisang yang sudah masak dan kupas kulitnya. Ambil kulit tersebut dan sapukan di celah-celah ketiak anda yang berbau selama beberapa minit sebelum mandi. Kemudian basuh dengan air sabun ketika mandi. Dinasihatkan juga agar anda sapu dengan limau nipis dan campurkan sedikit dengan kapur selepas mandi. Bersihkan dengan air bersih dan amalkan setiap hari agar bau ketiak anda hilang.

6. Gosok kedua-dua belah ketiak anda dengan belakang tapak tangan anda. Amalkan setiap kali bila anda mandi.

7. Sapu sedikit kapur makan pada kedua-dua belah ketiak anda sebelum mandi. Biar selama 15 minit dan bersihkan dengan air bersih untuk menghilangkan bau ketiak anda.

P/s : Bau ketiak yang agak serius menjadikan seseorang itu tidak selesa. Sorry kalau ada yang terasa or tak suka dengan entri ni.

 syukur tiada nasalah begini.

7 comments:

  1. Alhamdulillah tiada masalah ni...
    Deodorant pun tak perlu nak pakai... =D

    ReplyDelete
  2. kalau bau tonyoh sabun bayak2 hehehe

    http://www.mimbarhatiku.blogspot.com/2013/04/andai-aku-bisa-menggantikan-kesakitan.html

    ReplyDelete
  3. no 1 mcm pelik sikit kan cik yaya :) hehe

    ReplyDelete
  4. hahaha...syukur entri je berbau..hihi...betol tu yaya..cik akak memang tak tahan dengan bau cam tu...hihi...

    ReplyDelete
  5. yang no 1 ni tak penah buat tp selalu gak dengar..haha

    ReplyDelete
  6. jom tuntut cursor nama http://mizzniya.blogspot.com/2013/04/free-gift-cursor-nama.html

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...