Entri Terbaru

Berpakaian, trendy atau hukum?

 
 
Daripada Asma' binti U'mais ra, beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah Saw telah datang untuk berjumpa dengan Aisyah binti Abu Bakar (isteri baginda Saw),dan bersama Aisyah pada ketika itu saudara perempuannya (iaitu saudara perempauan Aisyah) , Asma' binti Abu Bakar.Pada ketika itu Asma' memakai pakaian orang Syam (sejenis pakaian arab) yang lengannya agak luas terbuka (yang mungkin menampakkan lengan dan bahagian badan yang lain).Apabila Rasulullah Saw melihat keadaan Asma' sedemikian,lantas Rasulullah Saw bangun dan keluar dengan cepat.Apabila Aisyah melihat Rasulullah Saw keluar dengan cepat,maka dia berkata kepada kepada Asma' (mungkin Aisyah perasan apa yang tidak disenangi oleh Rasulullah Saw ) : ”Beredarlah,sesungguhnya Rasulullah Saw telah melihat perkara yang tidak disenanginya." Setelah Asma' beredar,maka Rasulullah Saw datang kembali untuk berjumpa dengan Aisyah.Maka Aisyah terus bertanya,mengapa baginda bangun dan terus keluar?Maka jawab baginda Saw :
ADAKAH KAU TIDAK MELIHAT KEADAANYA (IAITU KEADAAN ASMA' BERPAKAIAN) ?SESUNGGUHNYA SEORANG PEREMPUAN MUSLIMAH ITU TIDAK BOLEH MENAMPAKKAN SESUATU DARI TUBUH BADANNYA MELAINKAN INI DAN INI (RASULULLAH SAW MENUNJUKKAN PERGELANGAN TANGANNYA DAN MENGGENGGAMNYA DAN JUGA RASULULLAH SAW MENEKAPKAN KEDUA TANGANNYA KE PIPINYA UNTUK MENUNJUKKAN MUKA SAHAJA).




Apa yang membuatkan Yaya berasa kurang selesa dengan petikan akhbar ini adalah ia menyatakan pakaian sebegini masih mengikut hukum syarak walhal sudah terang lagi bersuluh apabila para wanita memakai pakaian ini, bentuk badan mereka akan kelihatan. Jelas2 petikan lagi satu tu menyatakan "menyerlahkan lagi bentuk badan seseorang wanita"
Contohnya gambar diatas. Maaf  Yaya bukan menunding kepada owner diatas tapi ini sebagai peringatan kepada diri Yaya sendiri. Maaf entri kali ini bukan untuk mengutuk atau buat anda semua sentap tetapi entri ini sebagai peringatan untuk kita semua yang pasti akan dihisab di padang mahsyar. Yaya pun ada teringin untuk memakai pakaian seperti ini. Tipulah kalau tak kan? Tapi bila di fikir kembali, mampukah Yaya menanggung azab di akhirat kelak sebab berpakaian tidak mengikut hukum? Maaf pakaian ini memang mengikut bentuk badan jikalau tidak ianya tidak akan cantik apabila dipakai.

Daripada hadith ini, menunjukkan bahawa apa yang boleh diperlihatkan oleh seseorang perempuan muslimah dari tubuh badannya, adalah kedua belah tapak tangannya dan mukanya sahaja. Maka selain daripada itu, maka haram di perlihatkan. Ini jelas daripada apa yang Rasulullah Saw jelaskan sambil menggenggam pergelangan tangannya untuk menunjukkan paras@takat yang boleh dilihat pada bahagian tangan,dan Rasulullah Saw menekapkan tangan ke pipinya untuk menjelaskan bahawa dari bahagian kepala hanya muka yang boleh diperlihatkan…Maka selain itu,wajib ditutup… 

Maksud tutup disini, adalah dilarang untuk memperlihatkan bentuknya,rupanya dan warnanya. Kalau pakaian tu menutupi tapi ketat,tak dikira tutup aurat sebab nampak bentuk.Kalau nipis,dan nampak terbayang-bayang tak dikira tutup aurat. Seperti ramai pada hari ini, wanita-wanita yang pakai tudung tapi nipis, hingga nampak bayangan leher dan rambut.Ini juga tidak menutup tidak aurat.Ini kerana tujuan pakai tudung,adalah untuk tutup keseluruhan aurat. 

Yaya tak cakap Yaya ni baik, Yaya juga dalam proses memperbaiki mana yang silap. Yaya sebenarnya nak kaum hawa sedar akan cara mereka berpakaian. U all tak boleh cakap memang ini cara u all berpakaian dan jangan nak sibuk hal orang lain. Yaya bukan nak menyibuk tapi nak u all sedar mungkin u all tak perasan. Kita hanyalah manusia biasakan yang tak lari dari buat silap. Memang atau mungkin akan terasa sukar pada mulanya jika kita nak mendisiplinkan diri dengan cara berpakaian dalam islam. Tapi sebenarnya tak susah. U all hanya perlu pakai stokin , tudung yang menutupi dada , pakaian yang tidak jarang dan ketat , tidak bersanggul seperti bonggol unta dan sebagainya. Mudah bukan?
Mungkin agak jangkal apabila kita mahu berubah penampilan daripada dulu yang hanya memakai seluar jeans dan bertshirt dan mengenakan tudung yang pas2 tutup dada. Tapi itulah yang u all harus buat kalau rasa u all tak mampu nak tanggung azab api neraka yang akan membakar anggota yang u all dedahkan masa didunia ini. Yaya pun dulu pernah juga berpakaian sebegitu, ye Yaya pun pernah mengalami proses pemakaian seperti gambar diatas, tapi Alhamdulillah Allah beri Yaya hidayah supaya lembut hati dan kuat untuk berubah. Alhamdulillah semua jadi senang. 

#Maaf jika entri kali ini membuatkan ada yang tidak menyukai. Yaya sebenarnya sedih bila tengok cara berpakaian kaum hawa zaman ini. Yaya tak mampu menegur mereka melalui kata-kata tapi biarlah Yaya memberi sesuatu yang berguna melalui media masa. Yaya harap kita semua akan tergolong dalam orang-orang yang beriman. Amin



5 comments:

  1. wah nice entry!!! bole bgtau kat kwn2 fi nih!!

    ReplyDelete
  2. dalam usaha mengubah diri..insyaAllah..

    ReplyDelete
  3. terima kasih untuk peringatan..sangat bermakna.. ;)

    ReplyDelete
  4. betul2..saya setuju..it does not fully covered our aurah actually,,

    sudi2 la visit blog kita :)
    http://balqisjasni.blogspot.com/

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...