Entri Terbaru

Bukan mudah menerima dan tidak sukar untuk memberi.

 
Mungkin mudah untuk kita memberi sayang tapi adakah hati kita sudah menerimanya sepenuh hati? Mungkin mengatakan "cinta" itu senang, tapi untuk memberi erti cinta yang sebenar itu tak semudah ABC. Hati memang mudah rapuh tapi sukar untuk tertambat. Hati memang mudah kecewa kerana senangnya menerima. Tapi kini Yaya lebih kuat, kuat dari dulu. Kenangan cinta dulu menjadikan pengajaran untuk hari mendatang. Stiap hari Yaya tak berniat untuk mencuri hati-hati mereka sehinggakan mereka menaruh hati kepada Yaya. Maaf hati ini sepenuhnya untuk Allah dan selebihnya Yaya serahkan pada takdir.
Ya, mencintai itu mudah.
Tapi, menyakiti itu lagi mudah.
Walaubagaimanapun Menyembuhkan itu susah.

Ya, mencintai itu mudah.
Tapi, main-main dengan cinta itu lagi mudah.
Walaubagaimanapun menjadi setia itu susah.

Cinta itu kebanyakan di bibir saja.
Tapi sayang itu tumbuh di dalam hati.

Hanya memerlukan sedetik untuk menyatakan kata cinta.
Tapi memerlukan seumur hidup untuk membuktikan kesuciannya.

Jangan mudah ucapkan cinta jika diri tidak dapat setia.
Jangan mudah ucapkan cinta jika tak ada niat menjdi pasangan hidup.

Kerana seseorang akan menjadi korban dan tersakiti.
Kerana siapapun berhak mendapat cinta sejati.
Sebagaimana keinginan kita mengejar bahagia.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...