Entri Terbaru

Rindu ini mengajarku

 
kerinduan ini mengajar aku erti menghargai,
kerana apa yang kita pernah lalui bersama tak akan terulang kembali walaupun kta mencuba kedua kalinya..
rindu ini hadir tatkala kita berjauhan dan saat itu baru kita sedar yang dia amat bermakna untuk diri kita.
walapun terkadang dia tidak bermakna pada kita suatu ketika dahulu.
" Kadang kala kita tak sedar kita menyayangi seseorang itu
sehinggalah kita merasa kita kehilangannya."
rindu ini sangat menyeksakan jiwa setiap insani,
hargailah setiap kenangan yang pernah kita lalui bersama dan nikmatilah secukupnya,
jauh, jauh dan jauh
bila jauh dari sahabat yang selalu ada tatkala susah senang, 
bila jauh dari mereka yang sering bergurau senda, menggugurkan mutiara,
bila rindu mereka yang selalu menghapus duka,
bila rindukan mereka yang berjuang bersama,
aku luluh lalu mutiara ini pun gugur titis demi titis,
sungguh aku rindukan saat bersama mereka semua.
mereka yang bergelar sahabat..
walaupun kini semua dah membawa haluan sendiri
namun sayang ini takkan pernah hilang,
aku rindukan mereka
walau aku kelihatan bersahaja.
"Boleh jadi orang yang kita benci 
adalah orang yang paling kita sayang "

aku rindukan semuanya,
kelak tawa kita,
tangisan hiba kita,
oh sahabat, oh teman..
suatu ketika dulu kita pernah lalui semua bersama,
kita berjumpa kerana Allah
dan kita berpisah kerana Allah,
semoga ukhwah yang terbina kekal hingga akhir waktu,
semoga kita dapat berjumpa lagi ^_^
#ok..Yaya dah sebak tahap giga..jap lagi nangis lettuw..dasar cembeng budak Yaya#

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...