Entri Terbaru

Segmen Apa Ada Dalam Handbag Anda :)

 
 
malam ni nak join sesuatu yang menarik..

apa ada dalam bag yaya?
ok kalau nak tahu yaya ni dulu-dulu tak reti nak pakai handbag ni.
sejak merasakan diri ni dah besar..
besarlah kunun..
p la beli gak handbag ni..
dahla kaku..
maklumlah budak kasar tetiba jadi perempuan ayu pakai handbag..
huhu..
mula-mula pakai yang kecik-kecik je..
tapi semakin hari semakin besar handbag yaya, kalau boleh nak besar sampai muat lappy sebijik saiz 14 tu..
dan untuk orang yang gilakan barangan perempuan ni memang banyak la bag yang yaya simpan buat galeri..
tapi bila pk balik memang membazir jadi yaya pun berilah pada adik sepupu..

 
handbag yaya ni ada dua bahagian..
kalau boleh nak lebih..
biar semua barang boleh sumbat.. 



 1--> PURSE

dompet ni kalah dari segi jenama,
kalah juga dari segi harga,
dompet yaya biasa-biasa saja,
asalkan sedap dipandang mata serta mengikut citarasa.

dompet ni segala-galanya..dalam tu ada i/c, kad bank, duit(mestilah kan)..
cuba bayangkan kalau tak bawak dompet..
sah2 la i/c pun tak bawak pstu tetiba ada sekatan polis..tak ke payah tu nak bagi tahu.


2--> HANDFON

lagi satu benda yang penting yang harus ada bersama.
kalau tetiba ada kecemasan ke kan senang nak call orang mintak tolong.
atas y tu usb kabel..haruslah ada..
memang yaya suka selain boleh transfer boleh cas sekali kalau bet low..
atas asha tu earfon..kalau bosan boleh dengar mp3 syok sendiri..


3--> CAMERA

macam biasalah kalau ada benda yang menarik pasti yaya snap buat kenangan..
tapi lagi senang guna handfon je sebab cepat..
tapi yaya still bawak dia kemana jua..


4--> COIN CASE

ni sebenarnya tempat letak duit dulu-dulu..
tapi yaya tuka letak card org pulak..
kalau letak kat purse memang tak muat la jawabnya..
coin purse ni made by own ok.. ^_^


5--> BARANG PERIBADI

sebagai seorang yang tidak pandai bermake-up ni..
barang yang formal je la yang ada..
face powder by gohnsons, silky girl "true love " minyak wangi, rexona deodorant stick, silky lips color lip balm (untuk bibir yang cepat kering macam yaya ni) dan r series hand & body lotion..
dulu yaya guna lotion vaseline dan hand sanitizer kalau macam lepas makan kan..pakai la bia hilang bau..
tapi lepas guna r series, bau dia lagi mengancam..jadi yaya pakai satu je la..


6--> PENDRIVE

ini pun penting juga kan..
senang nak simpan kerja2 ke..
tiap satu lain-lain bende..sebab tu ada 3..
simpan dalam ungcang ungu tu biar tak bersepah..
t senang nak cari..


7--> NAMECARD

mesti la harus ada..
t senang nak kasi dekat kengkawan.


8--> BUKU

yang kuning kecik sekali itu impian, nekad dan azam yaya..
yang tengah-tengah tu nota dan catatan
dan yang besar sekali tu adalah tempat menambah ilmu..
lepas je habis satu buku, then yaya baca buku yang baru..
tenang je bila baca buku2 macam ni..


9--> KUNCI

and lastly ini pun penting yoo..
walaupun yaya minggu ni je last kje then focus dengan tempahan jahitan pulak..
tapi kalau tak bawak kunci alamatnya lama la tunggu akak lagi sorang bukak ofis..

ok done selongkar semua barang dalan handbag..
korang jom la join..nak tahu gak apa yang selalu korang bawak..


mereka semua harus sentiasa ada bersama yaya ^_^

2 comments:

  1. wah byk juga brg samalah mcm kak lea he3...good luck tau.dari segmen yg sama juga :)

    ReplyDelete
  2. goodluck

    jom join .
    http://inlove-wanda.blogspot.com/2013/05/unique-giveaway-by-dianah.html

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...