Entri Terbaru

Silent readers? Suka atau tak?

 
 
Hai semua.. lamanya menyepi..mula-mula korang kene tgk dulu header yaya yang dah lain yang dah kurang serinya..mana perginya header yang dulu?? ok al-kisah yaya ni nak la letak header yang baru then bila upload dua tiga kali dia jadi hitam bahagian yang dah yaya buat transparent tu..ok lama-lama lemah pulak semangat..mana taknya punya la semangat nak membuat, sebenarnya yaya ni bukan la kreatif sangat nak edit2 ni..just simple je..yang baru ni pun ok la asalkan berheader ^_^..
Balik kepada tajuk diatas.
Adakah korang salah seorang silent readers kat blog yaya?
Ada sesetengah blogger yang tidak menggemari dengan kewujudan SILENT READERS ni.
Jangan lah marah dorang ok, sepaptutnya kita harus menghargai mereka walapun mereka tidak meninggalkan jejak dalam komen.
Sebab? mungkin dorang lebih suka silent readers ni meninggalkan jejak seperti komen didalam entri mereka.
Lagi banyak komen lagi best kan?
Tapi bagi Yaya, kewujudan mereka ini tidaklah mengganggu Yaya dan Yaya tak kisah dengan kewujudan silent readers..
korang dialu-alukan ke blog picisan Yaya ni. ^_^
Hahahaha..ok
Sebenarnya terkadang pun Yaya suka menjadi SILENT READER..
Kenapa? Best sangat ke jadi silent reader ni?
Mungkin terdapat beberapa sebab mereka dan Yaya juga terkadang menjadi silent readers.
Antara sebab yang membuatkan Yaya menjadi sebegitu adalah kerana kadang-kadang Yaya tak tahu nak beri komen apa dalam entri mereka tu. (takut salah bagi komen lak) dan yang kedua adalah alasan paling pemalas...mestilah Yaya malas nak menaip komen walaupun ada banyak yang Yaya nak komen sebenarnya.
Hahaha..kadang-kadang kita pun rasa malas nak menaip..
Yaya je la kot.
ok itulah alasan kenapa Yaya gemar menjadi silent reader.
Sorry kalau ada yang tak suka.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...