Entri Terbaru

tabur gula-gula

 
moning korang..
setelah berhari menganak tirikan CCY akhirnya aku sedar akan kewujudannya.. (dah start mengarot)
bukannya apa..
hal yang lain banyak lagi yang penting so bila dah betol2 free baru la datang jenguk CCY..
kesian jugak yaya tengok lappy tu terbiar..
ok..kembali pada tajuk diatas "tabur gula-gula"
korang suka tak gula-gula?
mesti suka kan lagi-lagi kanak-kanak.
ingat tak masa kecik-kecik dulu kalau pengantin tabur gula-gula, berebut kutip kat lantai..
kalau pengantin tu kat dalam rumah..
tapi kalau kat luar, dok la kita kutip kat tanah lagi-lagi kalau tengah licak..
memang kotor lah jawabnya kan..
masa tu memang la kita rasa happy dapat lawan siapa dapat gula paling banyak..
tapi bila yaya menginjak remaja dan ke alam dewasa, yaya mula berfikir tentangnya..

adakah ianya suatu kewajipan?
ianya hanyalah sekadar suka-suka atau hadiah dari pengantin..
tapi bila difikirkan balik kesian pulak yaya tengok adik2 tu kene kutip gula-gula dari tanah..
ni pulak semalam adik sepupu yaya cakap pengantin tu siap baling duit syiling lagi ke tanah..
terasa macam mengemis pula bila sesuatu yang hendak diberi sebagai hadiah tapi cara menyampaikannya itu dalam cara yang agak mengecewakan atau kata kasarnya "hina"
ini pandangan yaya..
kalau kita la kan, ada orang nak bagi duit tapi dia campak kat tanah then kita dengan terhegeh-hegehnya pun kutip..
rasa macam hina sangat je kan..
tak boleh ke bagi dengan cara yang lain..
yaya dulu pun pernah gak dapat duit syiling 50 sen masa g kenduri.
tapi pihak pengantin tu bagi dengan cara yang sopan (terasa lah dihormati)..
pengantin tu bungkus duit tu dengan jajan..
semua dapat..
tak berebut, tak kotor dan paling penting ianya sopan..
ini juga sebagai pengajaran tok yaya nanti apabila hendak buat kenduri kahwin..
#sekadar memberi pendapat#

7 comments:

  1. nice day:)
    saya adalah saya hari ini karena pilihan-pilihan
    yang saya kemarin..


    bagi-bagi motivasi yaa.. :)


    http://wisataoutboundmalang.com/

    ReplyDelete
  2. madah yang tersirat..Allah maha mengetahui apa yang berlaku...moga DIA tunjukkan kebenaran..

    ReplyDelete
  3. bnyk maksud tersirat nie..btw, nice sis!

    ReplyDelete
  4. hahhaha . sedapnya gula2 . teringat zaman kecik2 duluu^^

    ReplyDelete
  5. banyak yg tersirat dm entry kali ni..tq nice entry

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...