Entri Terbaru

Allah perancang terhebat!!!

 

La Tahzan seandainya,
Sahabatmu lebih cantik daripadamu,
kerana sesungguhnya kecantikan sebenar dinilai melalui akhlakmu.

La Tahzan seandainya,
Sahabatmu sudahpun bahagia mempunyai keluarga sendiri,
kerana sesungguhnya Allah telah tentukan bila jodohmu sampai.

La Tahzan seandainya,
Sahabatmu telah berjaya dipuncak menara gading
sedangkan kamu masih bertatih menuju kesana.

La Tahzan seandainya,
Sahabatmu lebih kaya raya darimu,
sedangkan kamu hanya bersederhana,
tidakkah kamu tahu bahawa kaya itu juga suatu ujian Allah kepadanya.

La Tahzan seandainya,
Kamu hanya menyambung pelajaran di Malaysia,
sedangkan sahabatmu terbang ke luar negara.

La Tahzan seandainya,
Hari ini kamu hanya mempunyai makanan yang sedikit 
dan harus berbagi bersama ahli keluargamu yang lain,
Kerana sesungguhnya dengan berkat sabarmu,
kamu akan peroleh rezeki yang lebih banyak dari pelbagai arah.

La Tahzan seandainya,
Kamu berpakaian lusuh 
sedangkan Sahabatmu memakai pakaian baru.

La Tahzan seandainya
Kamu kelihatan tak cantik kerana memakai pakaian longgar,
Bersyukurlah kerana kamu mampu menjaga auratmu.

La Tahzan seandainya,
Hari ini kamu keseorangan dan kesepian tanpa teman,
Kerana sesungguhnya Allah sentiasa ada menemani hari mu,

La Tahzan seandainya,
Kamu kehilangan orang yang amat kamu sayangi dan cintai,
Kerana sesungguhnya Allah sedang menguji imanmu.

La Tahzan seandainya,
Kamu dihina dan difitnah kerana menegakkan agama Allah,
kerana sesungguhnya Allah akan muliakanmu di sisi -Nya.

La Tahzan seandainya,
Kamu hilang punca,
Pohonlah pada Allah kerana Allah menyukai hambanya yang meminta pada-Nya.

La Tahzan wahai sayang,
Kuatkan imanmu,
teguhkan hatimu,
jangan biar kau jatuh dan terus tersungkur,
kerana kekuatanmulah yang menjadi penentu.


11 comments:

  1. Salam yaya. Jika kita diuji mahupun diduga dengan bermacam perkara,janganlah kita bersedih ! percayalah semuanya Allah telah menrencanakan kepada kita.

    ReplyDelete
  2. ujian takkan habis selagi kita bernafas di dunia ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kakak..
      kita kene tempuh juga :)

      Delete
  3. La tahzan~
    Everything happened for reasons :)

    ReplyDelete
  4. la tahzan, Allah sentiasa bersama hambaNya yg beriman..^_^

    ReplyDelete
  5. setuju sangat yaya.. jangan bersedih.. bersyukurlah dengan apa yang Allah swt kurniakan kepada kita sama ada bahagia atau musibah.. pasti ada hikmah di atas apa yang dikurniakan-Nya..

    ReplyDelete
  6. hebat mane pun manusia itu kalau dia tunduk pada tuhannya pasti dunia akhirat di akan berjaya

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...