Entri Terbaru

Awas penyakit was-was

 

Penyakit was-was?
adakah ianya suatu yang biasa dan tidak memberi kesan kepada diri kita?
Yaya pun ada penyakit was-was ni tapi tidaklah parah sangat.
Menurut perspektif Islam, was-was (dalam bahasa Arab - waswasah ) iaitu bisikan yang tidak diundang dalam jiwa dan pemikiran oleh syaitan.

Al-Quran telah menerangkan kepada kita yang ia telah bermula dari hari-hari pertama Adam hidup di syurga lagi - firman Allah, surah al-A'raaf, ayat 20: Setelah itu maka syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua (agar) mendedahkan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil ia berkata: 

"Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana ia tidak suka) kamu 
berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam syurga).

Begitu juga dalam surah Taha, ayat 120: Setelah itu maka syaitan membisikkan (hasutan) kepadanya dengan 
berkata: "Wahai Adam, mahukah aku tunjukkan kepadamu pohon yang membolehkan kau hidup selama-lamanya, dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap?

Allah mengajar kita manusia agar memohon perlindungan-Nya agar terpelihara daripada mudarat teknik hasutan bisikan syaitan ini dalam surah al-A'raaf, ayat 200: Dan jika Engkau dihasut oleh sesuatu hasutan syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Di penghujung al-Quran dalam surah al-Naas, kita diajar dengan lebih terperinci bagaimana melindungi diri 
daripada was-was dengan membacanya dengan penuh penghayatan terhadap maksud setiap ayat dalam surah yang pendek tetapi besar fungsinya kepada kita dalam memerangi was-was secara kognitif:

(1) Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Tuan Empunya sekalian manusia."

(2) "Raja segala raja yang Menguasai sekalian manusia".

(3) "Tuhan yang berhak disembah oleh sekelian manusia

(4) "Dari kejahatan pembisik hasutan yang tenggelam timbul".

(5) "Yang menyuntik bisikan hasutannya ke dalam hati manusia".

(6) (Iaitu pembisik hasutan) dari kalangan jin dan manusia". (an-Naas: 1-6)

tapi penyakit ini juga kadang-kala dikaitkan dengan masalah psikologi yang dinamakan obsessive-compulsive disorder (OCD).
Ye, Yaya pun pernah terbaca penyakit ini dalam sebuah novel yang boleh dikaitkan dengan penyakit gila.
Untuk maklumat lebih lanjut cara mengatasi penyakit was-was ini.. boleh klik sini

9 comments:

  1. ye..kadang kala perasaan itu selalu wujud sis...

    ReplyDelete
  2. semoga dijauhkan dari penyakit was-was ni.. perkongsian yang baik yaya..

    ReplyDelete
  3. hu hu hu...selalunya was was kalau kereta dah lock ke belum...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke??
      yaya suka was-was dah lock loker belum masa kat asrama..maklumlah banyak khazanah..hehe

      Delete
  4. memag benda waswas nih selalu membelenggu diri

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...