Entri Terbaru

Dia bijak tapi sayangnya dia sakit jiwa.

 

Assalamualaikum dan selamat petang semua..
Alhamdulillah Yaya masih dapat bernafas dan melalui hari ini dengan kuat dan tabah..
Petang ini Yaya nak share satu kisah benar di kampung Yaya..
Kisah yang bermula dengan bercerita dengan mak pasal sakit jiwa ni..
sakit jiwa bukan sahaja orang yang menunjukkan dia tidak waras..
walhal seseorang yang kita tengok dari fizikalnya waras, berkemungkinan dia menghidap penyakit jiwa tanpa sedar..
sakit jiwa ni banyak..
seeloknya jika kita melihat sesuatu yang berlainan pada ahli keluarga kita, pada sahabat rakan kita, seeloknya kita membawa mereka ke pakar psikologi..
tak semestinya kalau kita berjumpa pakar psikologi, bermaksud kita sakit jiwa kan?

balik kepada tajuk Yaya tadi, ada seorang jiran Yaya ni selalu datang melawat nenek dan mak..
mak pun bercerita la berkait dengan jiran Yaya tu..
mak cerita dulu makcik tu pandai masa dia sekolah menengah..
tapi dia sakit jiwa ketika sedang belajar..
mungkin tekanan belajar itu membuatkan makcik tu sakit jiwa..
sama macam budak sekolah Yaya dulu, sakit jiwa sebab terlalu pandai..eh apa kaitan?
pelajar tu sakit jiwa sebab dia tak boleh bila ada pelajar yang tinggi markah dari dia..
itu akan memberikan tekanan buatnya kerana dia akan merasa rendah diri..

baik kepada cerita makcik tadi..
lepas je sakit, Alhamdulillah makcik tu dah baik tapi kene makan ubat sakit la setiap hari..
walaupun dah baik tapi still memberi kesan pada makcik tu..
dia tak la nampak sakit jiwanya tapi seperti lurus2 la..
tapi makcik tu memang baik..

lepas je makcik tu balik dari rumah nenek, makcik tu datang tengok kami pulak,,,
menyembang di pintu dapur..
mak : sihat ke?
makcik : alhamdulillah..semalam pergi ambil ubat sakit jiwa, sewa teksi sebab tak ada bas..


lama mereka menyembang, makcik tu pun balik..
makcik tu sedar dia pernah sakit jiwa dulu..
pastu Yaya pun cakap dengan mak
"kalau makcik tu tak gila, mesti dia dah kerja bagus kan sekarang?"

tapi kita tak tahu kan apa akan jadi pada kita masa mendatang..
semuanya takdir Allah dah tentukan...
sesungguhnya Allah adalah perancang terhebat..


8 comments:

  1. yela.. hari ini x sama dengan hari esk.. semoga diberi kesihatan yg baik pd hari2 mendatang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin..
      semoga kita sentiada diberi kesihatan dan kewarasan :)

      Delete
  2. betul tu.. kadang2 gila tu pun salah satu dugaan yang Allah bg... Miracles gonna be happen dengan kuasa Allah... who knows kan kan??

    ReplyDelete
  3. Arol pun selalu jumpa orang yang sakit jiwa tapi dulu dia pandai. Salah satu sebab, dia gagal exam. Tapi itu semua ujian daripada Allah. Allah uji manusia dengan pelbagai ujian, dan itu bahagian mereka. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul tu arol :)
      ada hikmah semuanya

      Delete
  4. semua ni dugaan... ibarat...orang yang duit banyak, mewah, nak sangat anak tapi x dapat2 ...orang yang duit cukup2 makan, anak berderet...lebih kurang gitew la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul tu kak..
      Allah uji nak tengok keimanan kita dan kesabaran :)

      Delete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...