Entri Terbaru

Jagalah perhiasanmu insan bertuah.

  

 Alhamdulillah Yaya masih dapat bernafas..
Sebelum memulakan entri , Yaya nak minta maaf andai entri kali ini menyinggung hati para pembaca dan Yaya membahaskannya adalah sebagai pengajaran kita semua dan bukan nak memalukan tuan empunya gambar diatas..

Bila korang semua melihat gambar diatas apa yang dalam fikiran korang? Fikir tak korang mereka berbangsa apa dan apakah agama mereka?
Itulah soalan yang akan berlegar dikotak fikiran Yaya tatkala melihat gambar mahupun secara nyata jika ada yang berpakaian sedemikian rupa..
Gaya macam sedang bercuti di bali..huhu..
Sebenarnya Yaya sedih dengan dunia sekarang ni yang semakin melupakan dan terlampau..
Gadis diatas itu adalah orang kita dan seagama dengan kita.
Yaya tahu siapalah Yaya untuk menegur tapi ini sebagai peringatan supaya kita sedar dan berubah kepada baik dan lebih baik..Ye sedangkan Yaya pun sedang memperbaiki diri sendiri..Alhamdulillah ^_^

Yaya mengambil gambar ini di laman muka buku..Bila ada yang memberi komen pasal keseksian gadis ni, dia membalas yang lelaki itu "gatal"..walhal memang ternyata salah dia memuat naik gambar sedemikian rupa, pasti ramai lagi lelaki diluar sana yang telah melihat.
Yaya harap si pemilik gambar ini bisa berubah..
sekali lagi entri kali ini bukan nak memalukan sesiapa..
Yaya mintak maaf sangat..
last but not least..
mari kita renungkan hadis dibawah ini.

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab:59)

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An-Nur:31)

4 comments:

  1. huhu..ganti gambar lain boleh? heeee... kita pun dapat 'ganjaran free' juga nanti.. ^^
    (*sorry kalau ayat kasar..hoho)

    aurat wanita ni banyak yang kena jaga..tak susah.. tak senang..terpulang pada diri..tapi ingatlah Allah dah suruh tutup semua yg perlu ditutup..kita pun kadang2 terleka..huhu

    ReplyDelete
  2. seeloknya tutuplah aurat dengan sempurna.. ingatan untuk diri akak sendiri juga..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...