Entri Terbaru

Punca masalah remaja #Ibu bapa

 

Assalamualaikum dan selamat petang semua.. Alhamdulillah masalah jerebu sudah makin pulih..
Kali ni Yaya nak mengulas tajuk yang sering dikeluarkan sebagai tajuk karangan..
Kalau form 6 tu memang beratus la kene buat patah perkataan.. (600-700) kalau tak silap or lebih..hehe..
Jadi Yaya nak keluarkan balik isi-isi yang berkaitan mana tahu ada yang nak cari idea nak buat karangan cikgu suruh kan. Tapi untuk setiap enti hanya satu je la Yaya bagi isi :)

Salah satu punca kepada masalah remaja bermula daripada rumah iaitu ibu bapa itu sendiri. Sebagaimana  yang diketahui ibu bapa merupakan asas utama pembentukan anak-anak kerana merekalah orang yang paling  hampir dan menjadi contoh kepada anak-anak mereka. Didikan agama yang betul harus diberikan kepada anak-anak dari sejak kecil lagi bak kata pepatah , melentur buluh biarlah dari rebungnya. Anak-anak yang masih kecil mereka umpama kain putih dan ibu bapalah yang mencorakkannya. Sebagaimana ibu bapa mencorakkan mereka, sebegitulah mereka akan menjadi. Ibu bapa juga merupakan tempat anak-anak menumpang kasih sayang. Jikalau bukan ibu bapa , pada siapa lagi mereka mahu mengadu? Ibu bapa yang sering bertengkar akan membuatkan si anak tertekan dan mereka juga kekurangan kasih sayang dek kerana salah faham anatara ibu bapa. Mereka diabaikan dan terdapat juga ibu bapa yang melepaskan amarah mereka kepada anak-anak yang tidak berdosa kerana tidak dapat mengawal emosi mereka. Pantaskah anak-anak mendapat layanan sebegini? Dimanakah kasih-sayang yang sepatutnya dicurahkan oleh ibu bapa? 
Anak-anak bukan tempat melepaskan marah tapi sebaliknya tempat mencurahkan kasih sayang. Anak-anak kurniaan Allah dan kita harus menjaganya dengan baik. Oleh itu, anak-anak yang ibu bapanya bermasalah , mereka sering memberontak dan melepaskan tekanan mereka dengan melakukan perkara-perkara seperti ponteng sekolah, vandalisme, gangsterisme dan pelbagai lagi untuk menarik perhatian ibu bapa. Jika sudah begini, sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.

Okeh sampai sini la karangan Yaya.. maaf sebab mcm bercelaru je karangan kali ni..
Tulah, dah lama tak buat karangan, hadui sedih betul la rasanya,kalau ayahanda cek ni mesti kene marah dengan dia..huhu..sory la ayahanda, anakanda mu ni dah lama tak buat karangan.
Ayahanda ku sayang = cikgu Bm Yaya ^_^

6 comments:

  1. heheheeh..dah lama kathy tinggalkan bangku sekolah..

    ReplyDelete
  2. akak dah lama tak buat karangan.. last sekali masa form 5 (SPM tahun 2000).. hehe..

    ReplyDelete
  3. nak lari sikit drpd topik karangan.. :)

    agreed 70%, kalau bebudak remaja ni gunakan alasan mak bapak sebagai punca kejatuhan akhlak mereka...

    tapi kita masyarakat kene ingat bahawa kita ni hidup bermasyarakat.. kat sekolah ada kawan2 dan guru, makcik2 pakcik2...

    jadi mcm x adil plak kalau nak salahkan ibubapa je kan... :)

    sy ada kawan A.. from a broken family.. tapi sebab kawan2 dia syg dia.. makcik pakcik syg dia.. alhamdulillah.. dia x terjebak dgn keruntuhan moral...sbb masyarakat memainkan peranan.

    ada jugak kawan B. mak ustazah, bapak cikgu disiplin. adik beradik lain ada yg tabligh lagi..kasih syg tip top.. tapi si B plak yg tersasar jauh.. why? because masyarakat sekeliling x mainkan peranan..

    just my 20cent from friend's experience and observation.. :)

    ReplyDelete
  4. hihi..cik akak pon..lama dah buat karang nie..kalau ikut dah bertahun-tahun kot...:)

    ReplyDelete
  5. fuhh. tasneem bagi A+ kat cik yaya. tasneem pun tak mampu dapat A+ dalam SPM. A sahaja.

    ReplyDelete
  6. ibu bapa kena mainkan peranan yang paling utama dan semua pihak jugak harus bersama sama

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...