Entri Terbaru

Rambut sama hitam, hati lain-lain

Assalamualaikum dan selamat petang semua..
Pedih la pulak mata ni..huhu..
Firstly Yaya nak ucapkan terima kasih kepada Acik yang sudi review blog Yaya yang tak seberapa ni..
Ni Yaya nak balas balik review Acik.. sempoi-sempoi je..
Kalau kita masuk je nampak header Acik yang tersenyum je..bila tengok gambar senyum automatik Yaya suka dan tersenyum tanpa sedar..mesti korang pun suka kan?? kan? kan?..hehe
Blog Acik ni best, sebab selalu share cerita yang memberi pengajaran buat semua. Green blog (ekekeke ^_^ ) but nice taw..
Dulu jarang nak drop dekat blog Acik, tapi godek punya godek lama-lama hati terpikat dengan setiap entri yang dikongsikan. Acik ni tak lokek kongsi ilmu dan tak berat untuk membantu andai kita ada masalah dengan blog ke, kalau nak tanya or kongsi masalah kita dengan Acik pun dia ok saja ^_^
Macam Yaya la kan..ekekeke, dulu ada jugak mintak pendapat dari pada Acik + minta tolong lagi sebab ada prob dengan blog.. laju je Acik bantu, thanks tau..jom klik header Acik kat bawah ni k ^_^

 

Baiklah, berbalik kepada tajuk diatas "rambut sama hitam, hati lain-lain".. Apa yang korang fikirkan bila terbaca tajuk seperti ini? Tak dinafikan jika dilihat dan kita sedia maklum rambut kita rata-rata sama berwarna hitam, tapi dari segi hati kita? Adakah hati kita semua sama? Sayang, benci, iri hati, suka, gembira, baik budi, dan pelbagai lagi. Kita tak tahu apakah perlakuan dan percakapan yang kita tuturkan seharian boleh diterima dan disenangi semua orang atau tidak. Mungkin cara percakapan kita tidak boleh diterima sesetengah orang walaupun sebenarnya itu memang cara seharian kita bertutur. Tak semua orang boleh terima cara kita kan? Cara perlakuan kita dengan mereka. Mungkin kita sudah baik tapi tetap jugak ada yang tidak suka. Syaitan itu akan sentiasa membisikkan agar kita membenci perbuatan yang baik. Oleh itu, mari kita semua rawat hati kita balik agar kita sentiasa bersangka baik pada orang.

Mungkin cara kita sebenarnya dah elok, tapi hati manusia kita tak tahu kan? Jadi untuk peringatan kepada Yaya juga, sebaiknya kita cuba perbaiki cara percakapan dan perlakuan kita agar tidak menyakiti hati orang lain dan seringlah meringankan lidah untuk meminta maaf walaupun dari mata kasarnya kita tak ada buat salah, mana tahu ada yang terguris dengan apa yang kita ucapkan. Tak semestinya kita meminta maaf sebab kita ada buat salah kan. Memintak maaf tak susah mana pun. macam ni "Yaya mintak maaf ye pada awak semua andai entri ini ada menyinggung hati ". Senangkan? 0-0 ok ^_^ hehehe..

 

p/s : Jaga percakapan, jaga perlakuan, jaga hati ^_^.. Ringankan lidah meminta maaf ^_^

12 comments:

  1. tahniah cik yaya. Belog paling gempak tu ^^ tunjuk ajar tasneem jugak ye.

    ReplyDelete
  2. ringankan lidah meminta maaf. & ringankan lidah memaafkan kslahan org lain. nice sharing. :)

    ReplyDelete
  3. thanks yaya :) part bawah itu acik setuju :)

    ReplyDelete
  4. tahniah yaya..

    terima kasih di atas perkongsian ni yaya.. terasa kerdilnya diri akak bila membaca entri yaya ni.. adakah hati akak pun telah mati? huhu.. kadang kala mulut akak ni jahat bila berhadapan dengan sesuatu yang menyakitkan hati.. contohnya bila ada orang biadap dengan akak ketika akak tengah memandu mesti akak hon dan terkeluar kata-kata kesat.. sekarang akak masih cuba merubah diri, semoga jadi lebih baik dan bersabar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama akak..
      mari kita bersama-sam arawat hati kita.. :)

      Delete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...