Entri Terbaru

Remaja suka memberontak #kenapa?

 
 

Rogers, (1951) ’Adolescence’ bermaksud membesar menjadi matang. 
Remaja dikatakan berusia di antara 11 hingga 21 tahun, merupakan transisi antara zaman kanak-kanak dengan zaman dewasa yang melibatkan perubahan biologi, psikologi, sosial dan ekonomi serta 
melibatkan perubahan peringkat tidak matang ke peringkat matang. (means Yaya ni still remaja la kan?)hehe

Semasa seseorang itu mengalami zaman remaja dia akan mengalami pelbagai perubahan yang drastik, termasuklah perubahan jasmani, sosial, emosi, dan bahasa. Akibat daripada itu, orang remaja merupakan orang yang emosinya tidak stabil, dan sentiasa "bermasalah".

Suka bergaulan dengan rakan sebaya daripada ibu bapa
Pada peringkat ini, remaja akan mula belajar bergaulan dengan orang lain selain daripada ahli anggota keluarga mereka. Ini bermaksud bahawa peringkat remaja merupakan peringkat perkembangan sosial seseorang. Sehubungan itu, orang remaja adalah suka berkawan dan senang tersinggung oleh masalah sosial.
Suka berangan-angan
Remaja yang normal mempunyai angan-angan sihat mengenai masa depan mereka. Mereka sentiasa memikirkan apa yang akan mereka buat pada masa hadapan. 
Senang Terpengaruh oleh Emosi
Orang remaja merupakan orang yang senang terpengaruh oleh emosi. Ini adalah kerana rasional mereka masih berkembang dan belum sampai ke satu tahap yang mantap.

okeh..
itu adalah defenisi yang Yaya dapat dari sumber..
apa yang diperkatakan sangatlah sama seperti apa yang Yaya alami dan korang semua alami..
mestilah ada antara korang yang telah mengalami zaman remaja atau still remaja..
pabila usia remaja itu meningkat ke 13 tahun , emosi dia makin lebih terganggu dan cepat memberontak..
Alhamdulillah saat remaja yang Yaya alami tidaklah seperti sekarang kerana jika kita lihat dengan teliti, zaman remaja sekarang ini lebih bermasalah..kerana kes pembulian sering berlaku, bukan itu sahaja, banyak lagi kes yang dilakukan oleh para remaja sekarang ini.
apa yang Yaya lihat, remaja memang gemar mengikut cara kawan dan mahu lebih dari kawan itu.
namun, apabila keinginan mereka tidak dapat dituruti oleh ibu bapa, mudah sahaja mereka melenting.
seperti Yaya, Yaya mula merasakan ada perubahan ketika ini, fikiran lebih matang dan lebih berfikir untuk kehidupan mendatang dan bukan sekadar untuk berhibur lagi.
mungkin sebab umor dah 20 tahun kan, bulan satu tahun depan genap 21 tahun..
cepat jugak ye Yaya matang ( masuk bakul la pulak)..
ok untuk adik2 yang tengah meningkat remaja ini, bertindaklah menggunakan akal dan bukan nafsu kerana
"ikut nafsu lesu" dan "sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna"..
zaman remaja kita harus berhati-hati dan kena pandai memilih kawan mencari identiti..
takut tersalah pilih kita yang rugi..
zaman remaja korang pulak macam mana?

2 comments:

  1. anak sulung cepat matang, tapi kadang2 manja juga ngn famili. matang dari segi decision perhaps, tapi jiwa budak budak hihi like me

    ReplyDelete
  2. Betul tu zaman remaja ni zaman kita masih mencari personaliti diri sendiri, kadang2 asyik tak kena je dengan jiwa kita - banyak memberontak dan sebagainya. Tetapi Allah dah bagi kita contoh remaja-remaja yg boleh dicontohi di dalam Al-Quran seperti Ashabul Kahfi, Ashabul Ukhdud untuk kita ambil pedoman kepada jiwa remaja yang sentiasa tercari2 makna kehidupan :D

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...