Entri Terbaru

SEGMEN JOM BERKENALAN BERSAMA BLOGGER

 

Alhamdulillah petang-petang ni nak join satu segmen sempoi++++..
asyik join segmen yang ada hadiah je, kali ni join segmen menambah + berkenalan dengan blogger lain..
kalau nak join klik banner atas ni ok sayang ^_^

Nama sebenar : 

Sabtu dan Ahad hari bercuti,
Pergi bercuti ke Pulau Langkawi,
Adilah Mohd Asari nama diberi,
Dah singgah sini, follow la sekali ^_^

Tarikh lahir : 

Nak kata tua nampak muda,
Nak kata muda macam...nggrrrr,
Umor Yaya dah masuk angka dua,
al-maklumlah lahir 30 januari 1993.

Cita-cita :

Dari jauh dengar bebelannya,
Dari kecik suka bercerita,
Tapi cita-cita bukan nak jadi pemberita,
Cuma nak jadi lecturer.

Hobi : 

Suka suki nyanyi-nyanyi,
Nyanyi-nyanyi menghibur hati,
Menjahit baju menjadi hobi,
Best sebab boleh reka sendiri.

warna kegemaran : 

Malam-malam makan jamu,
Makan jamu bersulam air tebu,
Warna ungu tetap nombor satu,
Selepas itu warna merah jambu.

benda yang paling disayangi : 

Jalan-jalan sambil berlari,
Tengah berlari terpijak duri,
Semua barang empunya diri,
Tetap ku jaga sampai akhir nanti.

tujuan berblog : 

Mula-mula nak buat diari,
Sebab tengok kawan syok sekali,
Tapi kini tidak peribadi,
Tempat berkongsi setiap hari.

Hahahahahaha, gelak puas-puas sebab stuck in the middle..tujuan Yaya berblog ini adalah sebagai perkongsian ilmu kepada yang lain..tapi mula-mula sekali dapat reka blog kita sendiri walaupun byk dibantu orang yang lebih mahir tapi yaya puas sebab dapat jugak buat macam mana yang Yaya suka. Blogku, cara penulisanku. Nak tahu kenapa nama panggilan "Yaya" bukan "Dila"? awak semua boleh klik button "owner" di atas untuk mengetahui dengan lebih lanjut dan mendalam..huhu ^_^

9 comments:

  1. hehhehhe... comellah kak yaya nie.. anyway, thanks sudi join .. :) good luck

    ReplyDelete
  2. wah..kreatifnya pantun dia.. ^^

    ReplyDelete
  3. Good luck dik

    nak join juga..hihi

    ReplyDelete
  4. wah.. siap berpantun lagi adik yaya.. :D

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, tahniah kepada pemegang :)

    ReplyDelete
  6. pantun yang elok... salam kenal. namaku rusydi hikmawan

    ReplyDelete
  7. Waahh!!kreatif! :) salam perkenalan jugak dik. :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...