Entri Terbaru

Jangan Buka Aib Orang


Assalamualaikum dan selamat sejahtera..syukur masih bernafas walaupun kesihatan agar merudum sedikit hari ini..nampak tak gambar siapa diatas tu? pasti ramai yang kenal dia seorang blogger..tapi yaya kenal adik ni sebab video couple seminggu adik ni yang panas diperkatakan sampai sekarang..siap orang buat parody lagi..tak lelaki perempuan pun sama memalukan kaum dan saudara Islam sendiri..
mula-mula memang lah Yaya rasa macam papetah kan nak buat video bagai..tapi bila difikirkan, itu adalah satu kesilapan untuk adik ni dan menjadi pengajaran pada dia dan kita semua..mungkin Allah pilih dia untuk buat kita semua beringat..kita tak tahu perancangan Allah..Yaya selalu gak tenok dekat facebook dan blog2 lain yang kongsi cerita ni baik mahupun tidak..dan hari ni baru terdetik hati nak tengok video parody mereka..subhanallah..teruk betul cara mereka melakukan pada adik ni..sakit hati Yaya bila tengok..kita ukan sesiapa nak menghukum orang, kita hanya boleh menasihati mereka tapi bukanlah dengan cara macam tu..nak nasihat, bagi nasihat dengan cara yang baik, sopan dan menjaga hati..ini lebih sakit hati lagi ada..sian la dekat adik awani tu..okey..mari renungkan hadis dibawah :

“Wahai sekalian manusia yang beriman dengan lidahnya, (namun) belum masuk iman ke dalam hatinya. Janganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya.” (HR. Muslim, Abu Daud dan at-Tirmidzi)
Tengok apa akan berlaku jika kita dok sibuk canang aib orang..sebaiknya kita jaga diri kita, jika ada aib mereka kita tolong tutup.

“Sesiapa yang menutup aib saudara muslimnya maka Allah akan menutup aibnya di akhirat” (HR. at-Tirmidzi dan disahihkan oleh Al-Albani)
Lebih baik macam ni bukan?

“Sesiapa yang melakukan dosa sedemikian (syirik, mencuri dan zina) dan dihukum keranannya, maka hukuman itu adalah kifarah baginya. Dan sesiapa yang melakukan dosa sedemikian lalu Allah menutupinya, maka terpulang kepada Allah sama ada untuk mengampunkannya atau mengazabnya.” (HR. al-Bukhari)
Jadi biar Allah sahaja yang menghukum dan menentukan dan kita jangan nak memandai.

“Wahai Rasulullah, apa sebenarnya Ghibah itu?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Iaitu berkata sesuatu tentang saudaramu yang dia tidak suka”, ditanya lagi “Bagaimana kalau ianya benar?” Rasulullah s.a.w. menjawab “Sekiranya apa yang kau katakan itu benar engkau telah melakukan ghibah dan sekiranya tidak engkau telah melakukan fitnah”
Kalau benar sekalipun, jalan terbaik adalah diam..

“Setiap orang mempunyai keaiban dan tidak ada seorang pun yang terlepas dari melakukan kesalahan. Rasulullah SAW bersabda, “Setiap daripada kamu adalah orang yang berbuat salah, dan sebaik-baik orang yang berbuat salah adalah orang yang bertaubat.”( HR Ahmad).

Mungkin hari ini hari adik tu, kita tak tahu bila hari kita pulak..jadi sentiasa muhasabah diri..


“Seorang Muslim itu saudara bagi Muslim yang lain. Dia tidak menganiayanya dan tidak pula membiarkan dia teraniaya. Siapa yang menolong keperluan saudaranya maka Allah akan menolong keperluannya pula. Siapa yang menghilangkan kesusahan seorang Muslim, Allah akan menghilangkan kesusahannya di hari kiamat. Dan siapa yang menutup keaiban seorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup keaibannya di hari akhirat.” (HR. al-Bukhari)
Renung-renungkanlah semua ^_^

14 comments:

  1. betul sangat2 yaya...sudah2 lah mengecam kesilapan orang...muhasabah diri sendri..

    ReplyDelete
  2. betul tu, yang sudah tu sudah lah, macam kita tak pernah buat silap, bezanya kesilapan budak tu terang-terangan. mama tak komen apa pun, cuma mama tengok kesian sangat dia di kutuk-kutuk sebegitu rupa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu mama..yaya ada komen untuk kata-kata semangat dia..

      Delete
  3. sokong. kesian budak tu. dia pun tk lari dri buat kesilapan. diorng-2 yg asyik mengutuk tu pun mesti pernah buat kesilapan jugak kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye..tak kena lagi dekat batang hidung sendiri macam tu la..

      Delete
  4. kan cian kt adik tu..yg lepas biarkan lah..buang yg keroh ambil yg jernih..=)

    ReplyDelete
  5. sokong tu, dah dah tu, kesian budak nie, dia dah minta maaf ,dan semoga ada iktibar untuk dia ,

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu acik..semoga kita pun mengambil pengajaran daripada kisah ni..

      Delete
  6. akak pun ada jgk tgk parody dorang.. ada yng over.. ntah la, apa apa pun xperlu smpai mcmtu..

    ReplyDelete
  7. sian adik 2 kn..tp nk bt mcm mn..atas kslapan sndri jga..yg xpttnya jganlah smpai kita mgutuk dia..xpsal2 boleh dosa..lpas tu sy ada terbca yg pakwe dia dh clash dgn dia..mcm2 la..hu3

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...