Entri Terbaru

Kurus bukan bermakna boleh pakai seksi-seksi.

google image

Assalamualaikum.. Alhamdulillah kita masih lagi dapat bernafas dan melakukan kerja seharian kita dengah izin-Nya.
Sebelum memulakan entri, Yaya nak mohon beribu kemaafan andai entri ini menyinggung hati anda yang membaca. Kali ni isu berkaitan wanita.
Sebagai wanita pasti kita mahu mempunyai paras rupa dan tubuh badan yang cantik serta langsing supaya tidak kelihatan buruk kerana rata-rata lelaki mahukan pasangannya bertubuh badan langsing.
Tak semestinya jika kita mempunyai tubuh badan yang besar, orang tak suka. 
Tubuh badan bukanlah ukuran yang penting hati budi serta akhlak kita terpelihara.

Bila dikaji dari sudut pemakaian, orang yang berbadan besar lebih memilih untuk memakai pakaian yang longgar dan tidak ketat. (sekurang-kurangnya mereka dapat menutup aurat)
Namun fenomena kini sangat lah ketara bila si berbadan besar berjaya mendapatkan bentuk badan yang langsing dan menawan.
Lantas semua pakaian yang longgar itu ditolak ketepi dan mereka mula memakai pakaian yang menampakkan tubuh badan mereka yang ramping bagi memberitahu bahawa mereka tidak lagi berada dalam triple size.

Rasanya tak perlu untuk mereka berpakaian ketat dan sendat hanya sekadar menzahirkan kecantikan mereka yang akhirnya mendapat kemurkaan Allah.
Mempunyai bentuk badan yang cantik dan langsing bukan jaminan untuk kita memakai pakaian yang ketat dan sendat ya. Peringatan untuk diri Yaya sendiri dan kaum muslimah diluar sana.

#Kalau nak tunjukkan kecantikan tu, tunjukkan pada yang halal sahaja..baru dapat pahala.

14 comments:

  1. pakai ketat2 ni.laki tengok stim je.

    ReplyDelete
  2. aah kan ! ehh but now berbadan besar pown ada jea yg masih memakai pkaian ketat2 . cm diowg pkai legging tuu !~ huhu . mybe kite perlu menyarankan supaya mengurangkan dalam pembuatan pakaian yg ketat2 cmtu an . hurmm . designer yg kena mengubah suma nie !~ maaf teguran cm nie .

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye..memang betul tu tapi kalau bertepuk sebelah tangan tak berbunyi bukan?
      pereka fesyen dan kita juga patut berfikir bila mahu membeli..

      Delete
  3. betul tu yaya...akak sokong sesangat..aurat itu mahal..

    ReplyDelete
  4. Betul tu Yaya.Dah lawa badan ketat pulak.Pelik betoll..hihi

    ReplyDelete
  5. terima kasih kerana yaya mengingatkan akak.. akak selalu tengok yang berbadan besar pun ada yang berani pakai ketat-ketat.. macam sarung nangka pula..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama kak..kita perlu ada kesedaran jd kita tahu apa yang kita patut pakai dan tidak

      Delete
  6. betul,selalu macam ni kan.bila dah slim tu baju ketat.legging memanjang

    ReplyDelete
  7. tu la..time berisi, dosa kurus je..bila time kurus, dosa pulak makin berisi... :3

    ReplyDelete
  8. klu iklan utk produk kurus pn cm tu...dulu time gemuk elok2 je baju kadang2 pakai tudung g..dh kurus, ketat bukan main n ada gk dh campak tdung..xpaham btul

    ReplyDelete
  9. sebab ramai x faham lagi.. Allah suruh tutup aurat bukan balut aurat. (untuk diri sendiri juga)

    ReplyDelete
  10. betul tu yaya..kurus tak semestinya kna dedah auratkn..

    ReplyDelete
  11. setuju tu yaya..bila dah kurus, pakai baju sume sendat2..kut ye pun nak tunjuk dah kurus, agak2 la pakaian tu supaya orng tak mengata belakang kan?

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...