Entri Terbaru

Penyakit Iri Hati


Assalamualaikum semua..syukur masih lagi dapat merasai udara yang nyaman..tapi hati pulak yang sakit..
hati sakit? atau sakit hati?
kali ni Yaya agak sedikit marah dan kecewa dengan sikap segelintir kita..suka sangat iri hati dengan orang lain..tapi penyakit hati ini ada kebaikannya taw..iri hati pun ada kebaikan ke? sapa kata tak ada..
yang baik itu jika kita iri hati dengan kejayaan orang lain dan kita pun bersemangat nak berjaya macam dia..tapi bukan dengan menjatuhkan orang tu dengan pelbagai cara..
lebih-lebih lagi orang zaman sekarang ni suka guna ilmu syaitan ni untuk menjatuhkan orang lain dengan mudah..ingat Allah itu lebih berkuasa..subhanallah semoga kita semua terpelihara..
yang Yaya bertambah kecewa ni bila mak Yaya yang kena..
mula-mula hanya ingat mak sakit-sakit belakang dan selalu la pergi berurut..ingat tak entri Yaya di sini..selalu jugak bawak mak pergi darus shifa'..tapi still sama dan tak ada tindak balas..
lately abah panggil saudara kami yang pandai dalam bab2 ilmu agama ni..suruh tengokkan mak..
dia kata memang ada benda yang ganggu..tapi tak sangka la bila makngah Yaya bagi tahu yang Makjang Yaya cakap ada orang hantar "benda" dekat mak..makjang ni suruh orang yang ubatkan dia tolong..dulu makjang pun pernah kena..dua tiga kali macam tu la..alhamdulillah makjang dan pulih..insyaAllah.
mak dah rasa sakit ni dalam dua tahun akhir ni la tapi dulu still ok just dah kurang menjahit je..bila tahun ni lagi teruk..asyik murung je..makan tak lalu..sebak Yaya tengok..sapa tak sebak kan mak yang lahirkan kita yang jaga kita dari dulu..

orang tu iri hati sebab dulu masa mak sihat ramai tempah baju dekat mak..dia buat mak Yaya sampai mak hilang semangat nak menjahit..kami ni bukannya orang berada pun..hanya orang biasa yang sama-sama mencari rezeki..Yaya mintak korang doakan mak Yaya supaya cepat sembuh..terima kasih ^_^
dan Yaya nak korang doakan jugak semoga orang yang buat mak tu bertaubat..Amin..


8 comments:

  1. 2 la manusia xpenah lekang dri sifat mazmumah.xpenah rasa senang sentiasa xpuas dgn apa yg dimiliki smpai snggup mengkhianat org lain.

    ReplyDelete
  2. ksianya mak yaya,erm ntah la zaman mden pun ad g denda cmni,btw hrp mak yaya sembuh ok,

    ReplyDelete
  3. kesiannya..harap mak yaya kembali sihat..

    ReplyDelete
  4. org yang dengki nie..itu je jalan dia nk jatuhkan org lain..harap yaya bersabar dan mak yaya kembali pulih ye..:D

    ReplyDelete
  5. susah main dgn org gini..siap guna2 lg..

    ReplyDelete
  6. sia-sia je orang yang ada penyakit ni, dia takkan terlepas di akhirat nanti.. harap mak yaya kembali sembuh..

    ReplyDelete
  7. Hmm.. Keluarga akk pun pnh kna dik... Hmm.. Mmg ssh bila de org hati busuk ni..dia xleh tgk org bhgia dan sng... Mohon perlindungan Allah je lh.. Huhu

    ReplyDelete
  8. macam nilah manusia selalu tak puas hti tngok owg len berjaya..semoga mak yaya sembuh..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...