Entri Terbaru

Perubahan itu perlukan kekuatan.


 

Assalamualaikum semua..Alhamdulillah dapat menyambut hari Nuzul al-Quran..mesti ramai yang bercuti kan?..selamat bercuti ^_^.. yeaay!!!! dapat update entri petang ni..selalunya Yaya menjahit..
ni sebabkan ada pakcik-pakcik p betulkan bumbung uma Yaya sebab tertanggal pakunya kene ribut hari tu..jadinya keletang keletung la bumbung bila kene tiup angin yang kuat..
jadi yaya pun memerapkan la diri dalam bilik ni haa..malu la nak kua..boleh la update entri plus bw sekali..hehe..
semalam ada sahabat baik Yaya yang minta pendapat serta nasihat tok dirinya..Yaya bukannya mahir sangat tapi cukuplah sekadar ilmu yang Yaya ada Yaya kongsiakan kepadanya.. bila nak share pasal perubahan yang terjadi dalam hidup ni, rasa nak mengalirkan air mata bila mengenangkan kisah dulu..saat diri ini jahil..Yaya pernah dah share pasal perubahan ni..baca sini..

Mari lanjutkan cerita..sembang punya sembang..Alhamdulillah sahabat lebih yakin dengan apa yang dia nak lakukan..iaitu PERUBAHAN!!.. cuba baca balik ayat gamba kedua tu.. "aq nk jd cm ko yah..tabah hdpi sume dgaan"..memang..kalau nak cerita pasti air mata ni mengalir..masa ni pun dah bergenang..ooops lap balik..tak elok nangis bulan puasa..no no no..diri ini..jahilnya aku..ye memang bila kita hidup tanpa menitik beratkan suruhan dan perintah Allah, kita akan rasa bebas dan lupa diri..subhanallah..
sebagai insaf khilaf, Yaya sedar setiap kesalahan yang Yaya lakukan walaupun Yaya akan lakukannya berulang kali..itulah dikatakan lalai..padahal Allah sering memberi peringatan..ingatlah tatkala kita diberi pengajaran atau orang panggil hukum dari Allah, sebenarnya itu bukan untuk menjatuhkan kita tapi itu sebagai petunjuk untuk diri kita..jangan bersangka buruk pada Allah sesungguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik..dulu Yaya pernah terfikir kenapa diberi dugaan yang berat macam ni walaupun Yaya tahu semua yang jadi salah Yaya..tapi bila semakin yang meningkat dewasa..semakin Yaya mendekatkan diri pada Allah, baru Yaya sedar yang semua itu adalah petunjuk Allah untuk kita berubah..

Sampai ada suatu ketika Yaya rasa nak lari je dari semua ni.. Ya Allah...apa jadi dengan aku ni???Alhamdulillah saat Yaya jatuh , Yaya dapat bangkit dan dapat cari kekuatan dari Allah walaupun masa tu tak ada siapa yang bantu..Yaya ni lebih suka senyap dan susah nak share dengan family..tapi Yaya face semua dengan tabah..pernah tak korang rasa sedih tiba-tiba bila ingat dosa yang korang pernah lakukan? tak kira kecil atau besar dan dosa yang Yaya lakukan tanpa sedar atau tak tapi terang-terangan dosa ialah bila yaya pakai tak ikut hukum..memang tak dedah aurat tapi seakan balut aurat..nak cakap Yaya ni tak diberi didikan agama, ada,,dulu sekolah agama dari form 1 -3..tapi itulah dikatakan kejutan...Alhamdulillah Yaya tersedar awal sebelum jauh terpesong..Yaya nekad nak berubah bila akhir upper six..tapi baru je dapat kekuatan tu awal tahun 2013..Alhamdulillah..memang mula-mula janggal..Yaya start pakai tudung labuh..start pakai stokin,,dan Alhamdulillah yaya dapat istiqamah..memang nampak Yaya tabah dan seakan selamber je buat tak kisah kata orang bila ramai yang panggil "ustazah"..memang la elok bila orang panggil macam tu tapi bila itu jadi panggilan sindiran, sakit hati ni..tahan je la..sedih...hanya minta kekuatan dari Allah supaya Yaya kuat..Alhamdulillah lama-kelamaan Yaya dah tak kisah orang nak panggil apa..tapi geram gak kadang-kadang bila ada orang lelaki yang tak menghayati tentang pakaian wanita mengikut hukum Islam ni..boleh pulak dia perlekehkan??? sob sob..hari-hari yang Yaya lalui memang mencabar..bila kita dah selesa orang lain pulak yang mata terbeliak..tapi Yaya tak hairan sampai lah sekarang..Alhamdulillah Yaya bahagia dengan cara Yaya..terasa tenang bila kita sentiasa mengikut hukum yang telah ditetapkan Allah..

memanglah nampak senang je orang pakai labuh-labuh tapi nak istiqamah tu susah..kadang-kadang iman pun tergugat bila kita tengok cantiknya dorang bergaya nak tapi tak cukup sempurna...teringin nak pakai macam dulu tapi Yaya lebih rela orang cakap tak cantik daripada Allah murka..bila nak bergaya Yaya fikir dua tiga kali sebab boleh je nak bergaya walaupun pakai tudung labuh tapi tak kene gaya la pulak kan..lagi satu prinsip Yaya kalau nak bergaya biar untuk suami saja,,so Yaya tak ada suami lagi kan??hehe,.jadi tak payah la nak voke sangat..biar cantik untuk suami je tau..dapat pahala..

satu je Yaya nak pesan..

Kalau dah berubah jangan terfikir nak berpatah balik okay ^_^

20 comments:

  1. pandang ke depan, jangan patah balik..

    ReplyDelete
  2. Betul sangat2 tu....usah pedulikan sindiran org....yg penting kejarlah pahala yg Allah janjikan....

    ReplyDelete
  3. biarlah apa orang nak kata apa pon :) janji kita di jalan Allah , yakin denganNya

    ReplyDelete
  4. hmmm susah nak berubah jadi baik. semua nak kena refresh balik coz masa lalai banyak benda dilupakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..tapi bila kita mahu pasti kita mampu..

      Delete
  5. bagos nye . yaya xyah la nak pedulikan ap yg org ckp . kite taw ap yg kite buat and apo yg kite nak . teroskn usaha . in shaa Allah ya boleh buat .

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks dear :)
      insyaAllah semoga yaya kuat ^_^

      Delete
  6. Nice entryy .. Betul sekali kite dah berubah teruskan istiqamah walaupon susahh .. Banyak dugaan kalau nak berubah ni . Tapi tu semua dugaan yg allah bagi nak tengok sejauh mana kuatnya iman seorang hambanya itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul tu..
      Allah nak kita terus kuat dan meminta pada-Nya

      Delete
  7. fizi pon ada member yg sama macam citer yaya..so far masih dalam perubahan..in sya Allah lama2 biasa la tu dgn penhijrahan dia tuh..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah semoga kawan fizi dapat istiqamah dan menyesuaikan diri

      Delete
  8. hmm..selagi kita dengar mulut-mulut yg mengata n tak puas hati, selagi tu kita tak akan dpt pergi jauh..kita buat je apa yang kita rasa nak buat as long as bnda tu betol dan tak melanggar hukum ALLAH...sebab DIA Maha Mengetahui nia kita..

    ReplyDelete
  9. perkongsian yang baik nana.. semoga istiqamah dengan perubahan yang dibuat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf.. salah taip nama.. buka nana.. tapi yaya..

      Delete
  10. teruskan jadi orang yang membawa kebaikkan kepada dunia ni yaya..jika bukan kita siapa lagi?

    ReplyDelete
  11. APa2 nawaitu tu yang penting..walau sebesar zarah pun kita niat yg baik insyaAllah ada ganjarannya dan akan di permudahkn olehNYA..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...