Entri Terbaru

Saat Lafaz Terima Nikah, Saat Itu Aku Terima Seadanya


Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu..semalam langsung tak update entri..maklumlah sibuk sangat..semalam melantak kain je sampai ke tengah malam..hari ni nak relax je, potong pun sikit-sikit sebab nanti nak pergi cc dengan sahabat Yaya untuk setelkan pasal PT..huhu..

Berbalik pada tajuk..kalau nak bicara soal rumah tangga, suami isteri, Yaya bukan lah mahir dan tak ada pengalaman lagi dalam dunia tu..tapi in adalah apa yang Yaya rasa sebagai seorang wanita, memang sebelum akad, macam-macam janji yang terluah oleh lelaki dan wanita..berjanji yang cintanya hanya pada dia sorang, berjanji takkan cari lain..tapi??tatkala masalah datang melanda tatkala itu jugalah janji menjadi dusta..
Yaya berasa simpati dengan nasib Dr. Dayana Lokman dan sebak bila baca puisi yang ditujukan buat suaminya itu :

Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…

Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah…
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan

Ingatlah lelaki tatkala kamu melafazkan akad, tatkala itu kamu sudah bersedia untuk menerima pasanganmu seadanya..menerima kelebihan dan segala kekurangan isterimu..apa yang dia mampu dia akan lakukan..bila ditanya, wanita mana yang tak mahukan zuriat bukan? tapi itu bukan kuasa kita, kita hanya mampu berusaha..saat inilah Allah uji kesetiaan kita..same like makcik Yaya, dah nak dekat 10 tahun tak ada zuriat tapi suami dia still setia pada yang satu..kita boleh berusaha bukan dengan mencari alasan untuk mencari lain..hati wanita mana yang tak sakit walaupun dia rela dalam terpaksa menerima apa yang dah berlaku..ingatlah lelaki, wanita sangat gembira bila dia telah sah menjadi isterimu, maka jagalah dia dengan sebaik-baiknya, hargailah dirinya sebagaimana dia menghargaimu..lihat pengorbanan dia bukan kau hitung kekurangan yang ada pada dirinya..

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita mengharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa
Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

cinta itu bukan sekadar lafaz tapi ia dinilai sejauh mana kamu menerima dirinya.

14 comments:

  1. ^_^ naim engat cik yraya..tapi..sekarang xde lagi huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jaga bila naim sudah ada isteri ok :)

      Delete
  2. berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.. semoga dia terus tabah..

    ReplyDelete
  3. Susah nak diperkatakan dik..kalau jodoh yang ditentukan Allah memang cam tu nak buat cam mana...mungkin hakikatnya mereka tak mahu...tapi qada & qadar Allah memang tak boleh elak...dan perlu terima dengan selapang-lapang....cuma mampu kita berdoa...semoga apa yang berlaku pasti memberi satu semangat baru untuk dia...kerana bila kita sabar Allah pasti berpihak kepada kita....insyaAllah..:)

    ReplyDelete
  4. kalau kathy rela hidup berpisah dari berkongsi suami..kathy tak harap nak payung emas di sana kerana kathy pun manusia biasa yang pasti akan terluka dengan semua ini..(dari pangalaman hidup kathy sendiri)

    ReplyDelete
  5. boleh juga bt peringatan utk wanita...bila dh mendirikan masjid..sama2 lah menjagnya..agar ia tidak runtuh sebelum mengecapi kebahagian hakiki. :D

    ReplyDelete
  6. semoga di beri kekuatan dan ketabahan :)

    ReplyDelete
  7. betei tu...tapi trend milinea ramei anak muda yg hanya syok masa majlis perkahwinan je..perancangan dan persiapan dibuat kaw kaw punya..tapi long term plan deme terlupa..huhuh

    biar bercinta hingga ke syurga, jangan cinta menyeret kita ke neraka..

    ReplyDelete
  8. tegas je entri kali ni =) smua tu ktntuan Allah..in.shaa.Allah ape yg baik kita ambil, hdup sy akan dtg pn xthu lg mcm mn..hrap didikan agama yg ada skrg boleh pandu sy kearah lebih baik..

    ReplyDelete
  9. sama2 mndoakan..semoga di beri kekuatan kepadanya..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...