Entri Terbaru

Sakitnya patah hati.

 

Assalamualaikum dan selamat petang semua..
Setelah satu hari tak bukak lappy kesayangan..baru la Yaya menjengah hari ini.
Maklumlah semalam cuti, jadi Yaya pun cuti la dek kerana sabtu ahad Yaya akan sibuk dengan kenduri la, nak hias-hias laman la.
Alhamdulillah masih lagi dapat bernafas pada 1 Julai 2013 ni.
dan lagi beberapa hari kita akan masuk ke bulan Ramadhan..
semoga kita semua sempat merasa nikmat Ramadhan :)
Azam baru? - semoga hari ni lebih baik dari semalam-
Bila tengok request atas ni, ni semalam punya la ni..
nasib baik dia mintak esok, means hari ni la kan?
sebaikla Yaya on lappy hari ni..
sudah lah cukup dengan ayat yang merapu..
mari kita teruskan dengan tajuk kita hari ni..

Pernah tak korang menghadapi situasi seperti diatas?
Patah hati..
Pasti ramai yang pernah alaminya kan? Bohonglah kalau tak..
Patah hati ini bukan sahaja untuk pasangan suami isteri, pasangan yang bercinta tapi kita akan merasa patah hati bila insan yang kita sayang membuat sesuatu perkara yang membuatkan kita kecewa.
bagi suami isteri, insyaAllah nak patah hati ini jarang la..kalau patah hati pun kes suami / isteri yang curang..
Tapi yang selalu mengalami patah hati ini adalah mereka yang sedang dilamun cinta. Maklumlah jiwa remaja, darah muda katakan..bila orang lain bercinta dia pun sibuk nak bercinta, bila dah kene tipu menyesal pun tak guna..mulalah dia buat perangai yang pelik-pelik..JANGAN!!!
hayati lirik lagu ni sat :

" cinta memang tak selamanya bisa indah, 
cinta juga bisa berubah menjadi sakit"

tak semua cinta yang kita cipta itu indah tapi semestinya cinta yang sudah halal itu lebih indah dari yang kita sangka.

Patah hati? pernah ke Yaya ni patah hati?
Jawapnnya..mestilah pernah dan berkali-kali..
hamboi Yaya..tapi itu semua dulu..
masa Yaya mudah menerima sayang orang lain, itu dulu masa Yaya masih tak matang lagi untuk memikirkan.
tapi kini Alhamdulillah Yaya dah dapat bezakan yang mana kaca dan mana permata, yang mana halal dan yang mana haram. Jangan main redah je ye bila dah syok bercinta.
Kan lagi manis bila bercinta selepas nikah..tapi sebagai insan yang khilaf, hati kita tak lari daripada menyayangi insan lain.Jika benar kita sayang seseorang tu, lebih baik kita jadikan hubungan itu halal di sisi agama. Kan lebih baik daripada kita menanggung dosa.
Si lelaki, jadikanlah dia insan yang halal disisimu, si gadis, jagalah maruah mu hanya untuk suami mu.
pasti pedih kan bila kita patah hati, kecewa yang amat sangat..
bila patah hati sebab putus cinta, mula lah Yaya jadi tak keruan, makan, nak tidur, buat kerja mesti teringat kat dia..tapi itu semua dulu..
ada yang sanggup bunuh diri bila patah hati..
mungkin dia terlalu berharap dengan cinta yang dia semai itu tanpa dia meminta petunjuk dari yang Maha Esa..
saranan Yaya, buatlah solat istikharah setiap malam, solat ini bukan hanya meminta jodoh tapi meminta pada Allah yang terbaik untuk kehidupan seharian kita. Kita kene yakin sekali, kerana keyakinan itulah yang membuatkan kita terus maju kehadapan. 
Alhamdulillah dulu pun Yaya selalu berdoa, tapi berdoa je tak cukup..kita kene lagi meminta dengan cara buat solat istikharah dan solat hajat. InsyaAllah.

Bila kita putus cinta dan saling kecewa dengan percintaan, jangalah kita berburuk sangka pada Allah.
Bukan Allah tak sayang pada kita, tapi sebenarnya sebab sayanglah Allah takdirkan kita macam tu. Allah sayang kita sebab tu Allah jaga kita dari terus melakukan dosa.

“Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka, dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (Hadis Riwayat Ahmad 2: 251, Nasa’i, Tirmidzi, Ibnu Majah hadis No. 2518, dan Hakim 2: 160 dari shahabat Abu Hurairah radliyallahu ‘anhu).

Jangan kita risau jika kita masih lagi tiada pasangan, kerana ada sebab kenapa kita masih belum berjumpa..sesungguhnya Allah itu perancang yang hebat.

“Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.” (Surah Yaa Sin : Ayat 36)

# Alhamdulillah semalam Yaya dah dapat jawapannya, semoga apa yang dirancang diizinkan Allah dan berjalan dengan rancang.. huhu..nak tahu tak apa yang Yaya rancang??hehe..tunggu raya ketiga ye baru boleh kasi tahu u all yang comel-comel , kacal lagi bergaya.. ^_^

17 comments:

  1. bila patah hati jangan terbawa sangat perasaan dan terlarut sangat dalam emosi... kalau gagal melawan emosi itu yang susah tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye..betul tu akak :)
      kita kene kuat

      Delete
  2. ye...biasanya janji Allah itu pasti..ada hikmah yang di terima setelah kita patah hati..percayalah,akak sendiri sudah mengalaminya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak :)
      pasti ada hikmat disebalik semua ni :)

      Delete
  3. patah hati membuatkan kita merasa keseorangan.. jangan fikir begitu kerana Allah swt sentiasa bersama kita di saat suka dan duka.. pasti ada hikmah mengapa kita dan dia ditakdirkan bepisah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak..
      Allah sentiasa ada :)

      Delete
  4. kadang-kadang bila patah hati...bukan bermakna kita kena meratapi..tetapi kita harus bangkit dan kuat menghadapi dugaan ini..^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..
      kita harus hadapi semua dugaan yang diberi :)

      Delete
  5. patah hati tu memang sakit, tapi jangan terbawa dengan emosi, rehda dan ikhlaskann apa yang berlaku

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila kita ikhlaskan apa yang jadi, insyaAllah pasti kita akan tenang :)

      Delete
  6. Hati2 masa bercinta..byk dugaan tu

    ReplyDelete
  7. patah hati mmg skit gak la..tp kenalah pndai kwal..yg pntg sntiasa igt Allah, sbb dia maha mencintai..Allah syg hambaNya..stuju sgt bcinta selepas nikah..bru ada kemanisan kt situ =)

    ReplyDelete
  8. byk kali.. sampai hati jd keras

    ReplyDelete
  9. Pernah rasa sekali..tpi bertaut kmbli..klu dh jodoh kn... :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye..kalau dah jodoh ta kemana..
      Allah Maha Adil :)

      Delete
  10. Insyaallah, walau ja0h mnew pon dia lari, kalau d"tkdirkan dia jodoh kita. Tetap akan bersama... :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...