Entri Terbaru

Adakah raya kali ini akan semeriah seperti dulu?


Assalamualaikum semua..semoga kamu semua sihat belaka dan dapat menjalani kehidupan seharian seperti biasa..lihat danbo..sedihnya seperti sedih hati tatkala ini, berat dugaan dan ujian yang Allah beri pada kami sekeluarga. Linangan air mata tak dapat aku titiskan kerana aku tahu aku tak mampu untuk meratap apa yang terjadi, sungguh berat sekali namun aku cuba untuk tempuhi dan terus melakar senyuman yang paling indah agar insan sekelilingku terus kuat. Raya kali ini yang ku harap semoga semua insan yang aku sayang di beri kesihatan dan kesembuhan.

Sedih bila mengenang, pilu rasa hati ini. Dengan keadaan mak yang sebegitu, Yaya harap mak cept sembuh dan sihat macam dulu kala. Pagi ni adik pulak dimasukkan ke hospital sungai buloh sebab ada jangkitan kuman dalam darah. Untuk pengetahuan semua, adik Yaya telah menghidap kencing manis pada usia 15 tahun, raya tahun lepas..mungkin faktor genetik. Masuk tahun ni dah setahun dia kene. Daripada berisi kini adik dah kurus, malah lagi kurus dari Yaya. Sedih bila tengok dia lemah, tulang-tulang saja yang timbul. Semoga adik sihat. Adik dah 2 hari demam dan pagi tadi muntah dia teruk sangat. Dia ada berkata kat Yaya "Amir harap dapat jumpa lagi Ramadhan yang akan datang, Amir takut tak sempat je". Dia hanya cakap dengan Yaya sorang.. Ya Allah, sedih rasa hati. Semoga adik dipanjangkan umur. Yaya mohon jasa semua agar mendoakan kesembuhan untuk mak dan adik Yaya. Now air mata sudah tak terkawal lagi lalu ia menitis di pipi.. Berat ujian raya kali ini. Semangat raya pun kurang kerana mengenang mak dan adik tapi kita yang sihat harus kuat dan teruskan semangat kalau tidak mereka yang lemah bertambah lemah bila tengok kita pun tak kuat..Okay la, sampai sini saja tinta kali ini. Jom tengok SINI

33 comments:

  1. raya sis biase-biase jerk...selamat hari raya yaya

    ReplyDelete
  2. semoga mak n adik yaya diberi kesembuahan oleh ALLAH,..jgn sdih sangat dear..

    ReplyDelete
  3. salam..
    MasyaAllah...saat orang lain gembira nak smbut raya dgn seluruh ahli keluarga..ada jgk yg tpksa smbut dgn keadaan sderhana,dgn ada ahli keluarga dimskkan ke hspital..sabarla ye yaya..dugaan awak untuk tahun ni..semoga mak dan adik cepat sembut ye.amin.

    *ada juga yg tpksa sambut tnpa orang tersayang krna Allah lebih mnyayangi mereka..bsyukur kita masih punye ahli keluarga*

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih yaya..
      ujian untuk kita terus kuat..

      Delete
  4. sedih membaca entri adik ni.. semoga yaya terus tabah menghadapi dugaan dari Allah.. berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.. akak doakan semoga adik dan mak yaya cepat sembuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak...berat mata memandang..berat lagi beban yang disandang..

      Delete
  5. Awwhh.. Keeping you and family in prayers!! :)) Jangan sedih sangat, harus bagi semangat kat mak and adik. Kalau Yaya sedih, mesti dorang pun akan rasa down kan.. Sekarang Yaya lawan semua ni dengan hati yang kuat. Senyumlah di tengah badai, kerana pelangi menanti di hadapan =) Selamat Hari Raya to u and family =)

    ReplyDelete
  6. Yaya, semoga mak dan adik cepat sembuh yer...tabahkan hati dan kuatkan semangat...

    ReplyDelete
  7. yaya semoga yaya tabah ye..kak zara doakn semoga mak dan adik yaya sembuh dan dapat beraya dgn yaya..Allh sentiasa degan kita..doa byk2 ye yaya..

    ReplyDelete
  8. semoga mak dan adik yaya dapat kembali sediakala..banyakan doa ye yaya..jangan jemu bedoa...fiziz harap yaya dapat sabar dan tabahkan hati menerima ujian dari Allah...

    ReplyDelete
  9. kuat semangat dear...smua org akan lalui waktu2 sukar cuma dlm keadaan yg berbeza je

    ReplyDelete
  10. Ya Allah . Kesian adik akak . Waktu dina seronok ni , ade yang berduka . Semoga mak dan adik akak sembuh sepenuhnya .

    #akak tabah ye :')

    ReplyDelete
  11. Kita kene gembira untuk menggembirakan mereka... Sembunyikan kesedihan disudut hati dan keluarkan kegembiraan untuk mereka tumpangi... Moga payung kesejahteraan dan kebahagian mengiringi perjalanan Yaya selamanya...

    ReplyDelete
  12. byakkn bersabar ye Yaya..hmm jgan sedih2, aggap semua 2 ujian dr Allah, pasti Ada hikmahnya..thun ni pn suram bg dri sy sndri..jgn lupa bykkn berdoa..doa di bulan ramadhan, inshaaAllah dimakbulkan..sy harap adik dn mak Yaya cepat sembuh dan sentiasa sihat, Amin..Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin..Smile always k..

    ReplyDelete
  13. Semoga mak dan adik kak yaya sempuh . Banyakkan bersabar , ada hikmah apa yang terjadi . Wani raya pun biasa-ii je , hanya ala kadar . Selamat Pulang ke Kampung (:

    ReplyDelete
  14. semoga ibu dan adik yaya cepat sembuh Aamiin. yaya sabar ye.

    ReplyDelete
  15. sian yaya..apa pun sabar ye?moga Allah beri yang terbaik untuk family yaya...

    ReplyDelete
  16. Semoga Kak Yaya tabah menghadapai ujian yg allah bagi ni :)

    ReplyDelete
  17. terima kasih semua ^_^ yang mendoakan kesembuhan mak dan adik yaya

    ReplyDelete
  18. ya allah, semoga yaya tabah ye... ada hikmah di sebalik ujian tu, in shaa allah.. semoga insan2 yg yaya sayang cepat sembuh.. selamat hari raya..

    ReplyDelete
  19. Salam blogger hebat! Jom join http://www.aimisyahirah.com/2013/08/contest-saya-nak-duit-raya-cik-misya-v2.html Salam Aidilfitri.:)

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...