Entri Terbaru

Kepercayaan, Kesefahaman dan Kejujuran #3K


Assalamualaikum semua..harap semua sihat belaka di hari raya ini. Macam mana raya korang? Mesti meriahkan? Cinta cinta cinta.. Layakkah aku untuk berbicara soal cinta padahal cinta yang aku bina acap kali runtuh bak istana pasir dipantai yang di sapa ombak kecil namun mudah dia runtuh, ranap dan hilang begitu sahaja. Lumrah bercinta, tak semestinya dia akan menjadi milik kita dan tak semestinya kita tercipta untukknya. Mungkin Allah meminjamkan dia pada kita, mungkin dia hadir dalam hidup kita untuk memberi kita peringatan dan pengajaran yang lebih bermakna tentang hidup. 

Kerana cinta kita dapat mengenal hati budi seseorang samaada si dia kaki perempuan atau pengikis duit para lelaki. Melalui dia yang pernah hadir dalam hidup kita membuatkan kita lebih berhati-hati dalam memilih cinta sebenar. Kepercayaan harus ada tapi janganlah beri 100% pada si dia sehinggakan kamu menjadi seperti lembu dicucuk hidung. Percaya pada pasangan akan buat kita rasa lebih yakin dan tenang. Mana taknya kalau kita tak percaya pasangan kita, pasti 25 jam kita akan fikir yang buruk-burk pasal mereka, takut mereka curang dibelakang kita dan akhirnya kita yang ditinggalkan kerana merimaskan.

 

Kesefahaman juga merupakan tonggak yang penting dalam kehidupan anda dan pasangan. Andai tidak sehaluan mana bisa jalan kan lurus. Cuba memahami diri mereka, maafkan kesilapan mereka dan jangan lupa rendahkan ego kita dan pintalah maaf andai kita buat silap. Jangan pula bila sudah ada sedikit salah faham, kita dah cepat mengalah dan membuatkan masalah bertambah besar. Cuba tangani dengan tenang. Yang paling penting banyakkan beristighfar agar kita cool balik.




Jujur pada pasangan andai ada yang kamu tidak sukai dengan keadaan dirinya tapi menegur biarlah berhemat dan tidak melukai hati kecilnya. Dalam cinta jujur paling utama. Jujur juga menunjukkan keperibadian kita yang sebenarnya. Tanpa jujur, sebuah perhubungan itu hanyalah pembohongan.Lakonan yang akhirnya diakhiri dengan episod duka dan benci yang menyelubungi. Jujur pada diri andai kamu sudah tidak dapat bersamanya lagi katakan yang sebenarnya. Tapi siapa yang sanggup bila ditinggalkan bukan? Lelaki memerlukan perempuan dan perempuan memerlukan lelaki. Oleh itu, andai kamu sudah menemui seseorang yang kamu sayang, berlaku jujurlah pada diri kamu dan dirinya demi suatu perhubungan.

6 comments:

  1. he3..yaya dh mcm doktor cinta plak ye =) he3..btol 2..nsihat yg sgt berguna bg mereka yg bercinta..in shaa Allah yg baik pasti sy ambil dn praktikkan..

    ReplyDelete
  2. betul tu yaya,.. nasihat ni sesuai mama beri pada adik mama tu, supaya dia tak tersalah pilih lagi... harapkan cantik je takde guna, kalau tiada budi bahasa..

    ReplyDelete
  3. nasihat tentang cinta yang bagus.

    ReplyDelete
  4. seorang lagi dr love selepas cik akak..thaniah yaya atas perkongsian ini..

    ReplyDelete
  5. cinta itu buta tp jgn jd buta sbb cinta..x pandai la nk cite psl cinte nie..tp sayang tu lg penting kot..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...